Hiburan

Bawa Watak Gadis Tiada Agama, Wanna Ali Sedia Dikecam

gempak
Amri Hassan
10/06/2020
23:15 MYT
Sponsor Banner
Bawa Watak Gadis Tiada Agama, Wanna Ali Sedia Dikecam
Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Wanna Ali bersedia untuk menerima pandangan dan kecaman mengenai wataknya sebagai gadis yang tidak punyai pegangan agama (freethinker).
Jelas Wanna, 23, filem lakonannya itu tidak menyatakan secara terperinci agama yang dianutinya dan tidak dilabelkan sebagai gadis murtad.
"Apabila dikaitkan dengan isu murtad, saya anggap itu sebagai sebahagian daripada promosi filem ini dan tak ambil hati pun.
"Malah, saya sebenarnya lebih bersedia untuk menerima apa juga pandangan dan kecaman daripada penonton Ada Apa Dengan Dosa.
"Watak Aurora pun tidak menerangkan secara terperinci agama yang dianutinya sebelum memeluk Islam," katanya kepada Gempak.
Wanna juga mendedahkan pengarah filem Ada Apa Dengan Dosa, Rahila Ali sangat menitikberatkan setiap aspek yang sensitif terutama berkaitan agama sepanjang pembikinan sekitar 2018.
"Pengarah filem ini sangat berhati-hati dan dia tahu apa yang boleh dan tak boleh buat. Dia sentiasa memerhatikan setiap skrip secara terperinci bagi mengelakkan salah faham penonton.
"Apapun, saya percaya genre Islamik yang jarang diangkat sebagai filem ini mampu membuka mata ramai orang mengenai isu anak luar nikah dan freethinker.
"Ia lari daripada genre klise Malaysia dan menyampaikan mesej berkaitan isu dunia dan semasa," tambahnya.
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.
Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.
Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khaliq (PU Riz).
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live