Laman Utama

Bawa Watak Hantu Kum Kum, Ellie Suriaty Tergigit Leher Pelakon Sampai Lebam - "Kasihan Dia Sampai Dapat Love Bite!"

gempak
Amri Hassan
08/09/2021
15:29 MYT
Sponsor Banner
Bawa Watak Hantu Kum Kum, Ellie Suriaty Tergigit Leher Pelakon Sampai Lebam - "Kasihan Dia Sampai Dapat Love Bite!"
Pelakon prolifik, Ellie Suriaty akui telah tergigit leher salah seorang pelakon wanita dalam siri terbaharu Malaysian Ghost Stories ketika melakonkan watak Hantu Kum Kum.
Cerita Ellie, dia bersimpati dengan pelakon terbabit yang akhirnya lebam seakan-akan kesan gigitan cinta pada lehernya ketika datang semula ke set penggambaran sehari selepas babak bersamanya.
"Saya puji produksi mencari watak mangsa kepada Kum Kum, sebab memang ambil pelakon remaja.
"Pengalaman saya, tergigit kuat sangat sampai dapat love bite! Saya terbawa-bawa dengan karakter.
"Dari permainan watak, ada pemujaan dan sebagainya. Jadi saya ada apply teknikaliti dari seni persembahan teater dalam presentation watak itu, dimana dia muntahkan darah yang disedut secara terbalik.
"Memang menarik untuk penonton televisyen. Apapun, saya memang seronok melakonkan watak ini," katanya kepada Gempak.
Membawa latar masa sekitar era 1990-an, kata isteri kepada pelakon Azri Iskandar itu lagi dia sentiasa memastikan dirinya bersama dengan kru produksi memandangkan dirinya penakut.
"Saya penakut walaupun pernah mengarahkan cerita hantu. Kadang-kadang kalau tulis skrip cerita hantu pun bila tengah malam dengar anjing menyalak, saya akan terus berhenti.
"Malah, ketika penggambaran telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, saya pernah ditinggalkan bersendirian dengan pakaian pocong.
"Kebetulan pula ketika itu kru kamera kehabisan bateri, lagilah pula saya sendirian dan tak boleh bergerak.
"Waktu tu dengar ada cik ponti sahut menyahut dan saya pula terikat dengan pakaian pocong tak boleh nak lari.
"Jadi, untuk watak Kum Kum ini saya pastikan bersama dengan ramai orang," tambahnya.
Hantu Kum Kum merupakan salah satu daripada naskhah dalam siri Malaysian Ghost Stories terbitan Arie Zaharie Productions.
Drama terbabit menjalani penggambaran pada tempoh PKPB sebelum ini di Kelang, Selangor.
Saksikan Malaysian Ghost Stories yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria dan Ria HD pukul 11 malam.
Ada banyak lagi kisah-kisah hantu dan seram yang diangkat antaranya pontianak, langsuir, pelesit, toyol, balan-balan, pocong, hantu raya dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live