Pelakon Ben Ali mengakui mengalami kenaikan berat badan yang menjadikan penampilannya kelihatan agak berisi sekarang ini.

Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 29, berkata, keadaan itu sebenarnya disebabkan oleh selera makannya yang semakin menjadi-jadi selepas berkahwin.

Lebih-lebih lagi apabila isterinya yang juga pelakon Nadiyah Shahab, 28, disifatkan sebagai seorang yang pandai masak.

"Usia semakin meningkat, berat pun meningkat. Masing-masing membulat secara tak sengaja.

"Nampak je makanan semua nak makan. Susah betul. Lagi-lagi apabila si isteri jenis pandai masak.

"Tak pernah tak sedap. Masak batu pun boleh jadi sedap kalau air tangan isteri yang masak. Mana tak membulat," tulisnya di Instagram.

Ben berkongsi cerita tersebut menerusi posting di Instagram miliknya bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

"Selama setahun hidup berumah tangga ni, banyak yang kami pelajari dan makin mengenali kerenah masing-masing.

"Semakin hari semakin rapat. Apa yang penting, kita kena saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Terima kasih kerana menjadi isteri yang baik sejak berkahwin," luah Ben.

Ben mendirikan rumah tangga dengan Nadiyah pada 10 November tahun lalu.

Happy One Year Anniversary to my Wife / Bestfriend. Sekejap je dah setahun. Pejam celik dah 5 tahun kami bersama sejak mula kenal. Usia semakin meningkat, berat pon meningkat. Masing2 membulat secara tak sengaja. ? . Nampak je makanan semua nak makan. Susah betul, lagi lagi bila si isteri jenis pandai masak. Tak pernah tak sedap. Masak batu pon boleh jadi sedap kalau air tangan isteri yang masak. Mana tak membulat. . Selama setahun hidup berumahtangga ni, banyak yang kami pelajari dan makin mengenali kerenah masing2. Semakin hari semakin rapat. Apa yang penting, kita kena saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain . Terima kasih kerana menjadi Isteri yang baik sejak berkahwin. ❤️ . Apa-apa pon kami bersyukur dengan nikmat yang ada, dan semoga Allah sentiasa melindungi kami seadanya dan memberikan kami keredhoanNya untuk terus kekal bersama di Dunia dan Akhirat. InshaAllah. . Amin YaRabbalAlamin??

A post shared by Ali Nadzwan ?? (@bena1i) on