Laman Utama

Benarkah Lampu Hazard Tidak Boleh Digunakan Ketika Kenderaan Sedang Bergerak?

gempak
Muhammad Ridhwan Roslan
09/11/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
Benarkah Lampu Hazard Tidak Boleh Digunakan Ketika Kenderaan Sedang Bergerak?
Musim hujan datang lagi. Semestinya, taburan hujan yang lebat khususnya pada waktu puncak bukan sahaja menyukarkan pergerakkan, malah mengehadkan pandangan ketika sedang memandu.
Hal ini memungkinkan pengguna jalan raya menggunakan lampu kecemasan atau lampu hazard ketika sedang memandu.
Namun, tahukah anda, mengikut Buku Panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lampu hazard tidak boleh digunakan sesuka hati dan penggunaannya tertakluk pada kenderaan yang sedang berhenti dan tidak bergerak?
“Jangan sesekali memasang lampu hazard semasa memandu. Pasangkan lampu besar dan lampu belakang jika hari hujan. Terdapat pemandu kenderaan mempunyai tanggapan yang salah terhadap penggunaan lampu hazard.
“la hanya digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu kenderaan yang lain dan seharusnya digunakan apabila kereta itu berhenti, terutama apabila berhenti di lorong kecemasan,” mengikut Buku Panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bab 4, bahagian 2.
Selain itu, penggunaan lampu hazard ini adalah untuk memberi isyarat kepada pemandu-pemandu lain yang sedang memandu di jalan yang sama untuk berjaga-jaga kerana terdapat kenderaan lain sedang menghadapi masalah di hadapan.
Namun, ada juga segelintir pemandu yang degil dengan menggunakan lampu hazard ini ketika memandu dalam hujan atau ketika dalam keadaan berkabus yang hanya mempunyai jarak penglihatan pendek.
Hal ini akan membuat pemandu-pemandu yang lain keliru sama ada kenderaan tersebut sedang berhenti atau sedang dipandu.
Marilah kita sama-sama mengubah sikap para pemandu yang masih lagi degil dan mendidik pemandu yang lain tentang cara penggunaan lampu hazard yang betul.
Janganlah kita pentingkan diri sendiri dan memperjudikan nyawa pemandu yang lain atas sikap acuh tak acuh kita untuk ambil tahu.
[Masukkan link]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar