Pelakon Fouziah Gous akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk tunaikan haji bersama suaminya, Zhafran Yosuf pada hari ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fauziah memohon maaf pada semua kenalannya jika terdapat kesilapan dan kekhilafan dilakukan selama ini.

"Assalamualaikum, Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous & Zhafran Yusof,
dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan Fardhu Haji (1439H) dan akan berlepas ke Tanah Suci pada Khamis 16 Ogos 2018.

"Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan & kekhilafan yang secara sengaja atau tidak sengaja kami lakukan di sepanjang persahabatan atau perkenalan kita.

"Mohon dihalalkan makan minum saya dan segala hutang, jika ada.

"Doakan kesihatan dan keselamatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti. Terima kasih," tulisnya.

Rata-rata pengikut mendoakan agar Fouziah dan suami diberikan kesihatan yang baik dan segala akan dipermudahkan ketika berada di sana.