Pelakon dan model Alicia Amin tampil menjawab persoalan netizen mengenai tindakannya ke Sabah baru-baru ini.

Jelas Alicia, tujuannya ke Negeri di Bawah Bayu itu semata-mata untuk tujuan penggambaran dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

"Ramai yang tanya macam mana saya boleh ke Sabah. Saya datang dengan permit bekerja kerana saya sedang bekerja.

"Saya mengikuti semua SOP dan menyediakan segala dokumen yang diperlukan.

"Jadi, berhentilah tanya apa alasan yang saya guna untuk melancong. Saya ada sebab yang sah dan mendapat keizinan daripada pihak berkuasa.

"Bukan holiday untuk suka-suka ketika tengah-tengah pandemik yer," jelasnya menerusi Instagram Stories baru-baru ini.



Alicia difahamkan telah berangkat ke Sabah untuk menjalani penggambaran pada hujung minggu lalu dan kini telah kembali ke ibukota.

Terbaharu, Alicia bakal tampil menerusi filem Salina yang akan mula ditayangkan pada 25 Mac ini.