Laman Utama

Beri Alasan Dirinya Layak, Suami Miera Leyana Tuntut Hak Penjagaan Anak Dari Isteri Pertama

gempak
Syafiqah Jalal
09/05/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Beri Alasan Dirinya Layak, Suami Miera Leyana Tuntut Hak Penjagaan Anak Dari Isteri Pertama
Suami pelakon Miera Leyana, Rosland Othman memfailkan hadanah terhadap dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Selasa selepas merasakan dirinya lebih layak.
Perkara itu diberitahu oleh peguam syarie, Mohd Junid Ramli yang mewakili Adibah Abdul Mutalib iaitu isteri pertama Rosland, selepas sebutan permohonan kes hari ini.
"Saya dimaklumkan mengenai permohonan defendan itu kira-kira dua minggu lalu dan hari ini adalah sebutan pertama proses sulh.
"Proses sulh iaitu perbincangan untuk mencapai kata sepakat kedua belah pihak mengenai permohonan penjagaan anak keempat dan anak kelima ini dibuat di hadapan pegawai sulh.
"Alasan diberikan adalah beliau lebih layak bagi penjagaan dua anak itu," katanya ketika ditemui Gempak di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa.
Rosland memohon hak penjagaan dua anak mereka iaitu Nurin Tasnim, 11, dan Nur Anisa, 12.
Bagaimanapun, Junid berkata, anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan terbabit dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Jun depan.
Pada prosiding perbicaraan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah pagi tadi, Rosland memberitahu tidak pernah mengabaikan nafkah terhadap isteri pertama dan anaknya meskipun sedang melalui perbicaraan kes nusyuz.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik itu mendakwa memberi nafkah antara RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.
Sebelum ini, Rosland turut memfailkan cerai terhadap Adibah mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai yang difailkan Rosland dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu.
Madu kepada Miera Leyana itu dilaporkan mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suami walaupun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu.
Adibah dilaporkan berkata, dia tidak berhasrat bercerai dan mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya mengamalkan poligami selepas berkahwin dua dengan pelakon terbabit pada Julai 2020.
Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima anak yang kini berusia 11 hingga 26 tahun.
Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan Miera Leyana dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live