Hiburan

Berkongsi Nasihat Ustazah Oki, Jasmin Hamid Diserang Netizen - “Tidak Perlu Sibuk Hal Rumah Tangga Orang…”

gempak
Asyraf Roslan
11/10/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Berkongsi Nasihat Ustazah Oki, Jasmin Hamid Diserang Netizen - “Tidak Perlu Sibuk Hal Rumah Tangga Orang…”
Pelakon, Jasmin Hamid diserang netizen selepas memuat naik satu video ceramah daripada Pendakwah terkenal Indonesia,Ustazah Oki.
Menerusi video yang dikongsikan, Ustazah Oki berkongsi mengenai isteri seharusnya menghormati suami meskipun mempunyai gaji yang besar.
“Kadang-kadang Allah berikan rezekimu mungkin lebih banyak dibandingkan dengan suamimu.
“Tak ada yang salah jika gaji isteri lebih banyak daripada suami. Yang salah adalah ketika isteri sombong di hadapan suami, itu yang salah.
“Engkau boleh bekerja kerana izin daripada suamimu, engkau boleh melakukan aktiviti di luar kerana restu dari suami,” kata Uztazah Oki dalam video tersebut.
Diruangan kapsyen, pemilik nama Jasmiah Abdul Hamid itu hanya mengharapkan perkongsian yang dilakukannya memberi manfaat kepada mereka yang bergelar isteri.
Namun apa yang membuat netizen berang apabila dalam hantaran yang dikongsikan itu mempunyai gambar pelakon, Fattah Amin yang merupakan bekas suami kepada aktres dan usahawan, Fazura.
Bagi netizen, perkara tersebut boleh mendatangkan fitnah kepada pelakon yang popular dengan filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

​ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cancel Fazura?

​ARTIKEL BERKAITAN: Isu Fattah-Fazura, Natasha Elyzza Minta Netizen Diam - “Bila Bersuara Untuk Pertahankan Diri, Dia Disalahkan Sebab..."

​ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu

Meskipun menerima kecaman, ada juga netizen yang berterima kasih kepada Jasmin Hamid atas perkongsian tersebut.
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024