Bollywood

Bersalah Buru Rusa Secara Haram & Bakal Dipenjara, Kerjaya Salman Khan Akan Terjejas

gempak
Kamaruddin Razal
06/04/2018
05:01 MYT
Sponsor Banner
Bersalah Buru Rusa Secara Haram & Bakal Dipenjara, Kerjaya Salman Khan Akan Terjejas
Bintang Bollywood, Salman Khan, didapati bersalah atas pertuduhan terlibat aktiviti pemburuan haram sejak tahun 1998, oleh sebuah mahkamah di Rajasthan, pada Khamis.
Reuters melaporkan, kes dan dakwaan tersebut disifatkan mampu menjejaskan kerjaya Salman sebagai salah seorang daripada aktor popular di India.
Salman didapati bersalah melanggar undang-undang hidupan liar negara itu apabila memburu antelop jenis blackbuck, iaitu haiwan yang tergolong dalam kumpulan rusa.
Atas kesalahan memburu dan membunuh spesies terancam itu, aktor itu bakal berdepan hukuman maksimum enam tahun penjara.
“Mereka berharap untuk sekadar berada di bawah pengawasan. Mereka juga merayu tentang hukuman paling minimum," ujar pendakwaraya kes tersebut, Mahipal Bishnoi.
Peguambela Salman masih belum dapat dihubungi untuk memberi sebarang ulasan.
Perbicaraan pada Khamis bukan kali pertama Salman berdepan dengan kes undang-undang. Pada 2015, Mahkamah Tinggi Mumbai membatalkan sabitan kes langgar lari yang melibatkan aktor tersebut.
Salman Khan adalah antara selebriti ternama India yang berjaya menjana keuntungan besar industri menerusi filem-filem lakonannya yang sering melepasi tahap box-office di negara itu.
Sumber: Astro Awani Foto: Carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live