Kakak kepada pengacara popular Neelofa, Noornabila berkongsi pengalaman berhadapan dengan masyarakat yang suka mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadapnya sebagai ibu hamil.

Noornabila menerusi akaun Instagram (IG) miliknya menyenaraikan beberapa ayat yang selalu diterimanya daripada orang yang digelar ‘makcik bawang’.

Antara kata-kata yang diterimanya adalah seperti memintanya supaya bersalin secara normal sahaja kerana dengan cara tersebut dia boleh menghapuskan dosa.

Noornabila bagaimanapun tidak setuju dengan pendapat tersebut kerana cara mereka bercakap seolah-olah seperti Tuhan.

“My personal experienced: Awak patut cuba bersalin normal, baru la real baru lah betul berjihad hapus dosa - nak jadi tuhan pulak dia,” tulisnya.

Selain itu, Noornabila memberitahu rata-rata suka mengata fizikalnya yang dikatakan terlalu gemuk.

“Muka kembang - nak buat macam mana kalau dah keturunan melayu takde maknya nak slim macam matsalleh.

“Perut besar - habis tu??

“Dah gemuk - gemuk salah , kurus tak cukup zat pulak katanya,”
luahnya lagi.

Selain itu, Noornabila turut memuat naik video jawapan pengikutkan di IG Story yang membalas serta respon terhadap soalanya yang bertanya ‘Worst and rudest things to say to a pregnant woman’ .

((((Video di atas menunjukkan respond orang2 yang teranaiya oleh makcik bawang ?)))) . . My personal experience : Muka kembang - nak buat macam mana kalau dah keturunan melayu takde maknya nak slim macam matsalleh. . . Perut besar - habis tu?? ? . . Dah gemuk - gemuk salah , kurus tak cukup zat pulak katanya. . . U shud try normal birth , baru la real baru lah betul berjihad hapus dosa - nak jadi tuhan pulak dia. . . Jangan makan itu ini - segala mak nenek atas muka bumi ni takleh makan. Tapi i makan je setakat dua tiga mulut, dr kata boleh je. Refer doctor , diorang yang belajar tinggi2 dan deal dengan real life situation , everyday (bukan makcik bawang) so consult orang yang betul. . . Jangan stress nanti baby stress, unhappy baby lah apa lah. Takde kot orang yang kehidupan seharian dia tak stress dan happy memanjang , semua org ada their own problem , tolong la bagi nasihat yang logik akal. . . . Tapi bila kita pregnant the only thing kita nak dengar hanya benda positive dan orang keliling tu kalau boleh cakap benda yang elok2 dan positive je. Kalau rasa tak boleh baik diam takyah cakap apa2. Tak perlu nak nasihat lebih2 walaupun dah anak 3,4,5,6 sebab kadang2 nasihat tu boleh menyinggung perasaan kita. . . * dok hospital banyak pulak time nak menulis panjang lebar macam ni* . . ((((Video di atas menunjukkan respond orang2 yang teranaiya oleh makcik bawang ?))))

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on


Noornabila yang kini hamil Sembilan bulan berkahwin dengan Sharnaz Ahmad pada 31 Mac 2017.

Foto: IG Noornabila
Teks oleh: Syafiqah Jalal