Hiburan
Berwajah Jahat, Izuan Razali Pasrah Kerap Ditawar Watak Antagonis - "Penonton Benci Maksudnya Menjadi"
Gara-gara wajahnya nampak ‘jahat’ dan ganas, pelakon Izuan Razali sering ditawarkan watak antagonis sepanjang terbabit dalam bidang lakonan.
BERITA TRENDING: Kaki Sophia Albarakbah Lebam-Lebam Bergelut Dengan Penjahat!
Menurut Izuan, 32, dia juga tidak kisah dibenci penonton kerana watak jahat dilakonkannya itu.Katanya, kebanyakan watak yang ditawarkan oleh penerbit dan pengarah selalunya adalah watak jahat.
“Saya percaya jika watak jahat dilakonkan membuatkan penonton benci pada saya, jadi watak yang dilakonkan itu menjadi,” kata pelakon filem Jiwa 8 Belas.
PILIHAN PEMBACA: “Jahat Ada Pelbagai Jenis” - Jay Iswazir Tak Jemu Jadi Antagonis, Memang Famous Dengan Watak…
Mengenai lakonannya dalam filem Jiwa 8 Belas arahan S Baldev Singh pula, kata Izuan, dia melakonkan watak Mat Kitam dalam filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu.Kata Izuan, dia ditawarkan watak Mat Kitam menerusi proses uji bakat yang dijalankan produksi pada 2018.
“Watak Mat Kitam juga mencabar kerana saya mengambil tempoh lebih sebulan untuk menjiwai watak termasuk mencipta gelak.
“Saya juga perlu memahami skrip kerana perlu faham dan kenali siapa Mat Kitam dan kenapa dia menjadi jahat,” katanya.
Selain Izuan, filem Jiwa 8 Belas arahan S Baldev Singh turut dibintangi pelakon terkenal tanah air antaranya A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Shah Hazvee,Ikhram Juhari, Kanda Khairul, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.
Must-Watch Video