Laman Utama
"Betis & Paha Yang Terselak-Selak, Sedia Untuk Dipanggang" - Ini Perkongsian Rozita Che Wan
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi nasihat kepada orang ramai yang masih tidak peka terhadap cara menutup aurat dengan sempurna.
Menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta berkongsi azab yang bakal dihadapi oleh mereka yang sering memandang ringan mengenai isu menutup aurat daripada Ustaz Hadi Fayyad.
"Balasan wanita yang membuka rambutnya kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.
"Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya.
"Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang. pedihnya tidak terkira," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Che Ta diatas perkongsian yang dilakukan itu serta berharap dia terus istiqomah dalam menjaga aurat.
Must-Watch Video