Juri tetap Big Stage 5, Aina Abdul bersetuju Naufal berada dikedudukan tiga terbawah kerana persembahannya di minggu ketiga kurang memuaskan.

“Saya memang setuju dia dalam bottom 3 dan kami tak guna Imuniti X minggu ini sebab cabaran yang kami bagi kepada dia minggu lepas tak digunakan sebaiknya,

“Dia adalah artis rakaman,dia mempunyai tone yang sedap, mempunyai suara marketing yang sedap untuk lagu-lagu diluar sana tapi untuk pertandingan saya rasa dia ada sedikit halangan,” katanya ketika ditemui Gempak.

Bagaimanapun kata Aina, dia berasa sedikit ralat kerana Naufal mempunyai kualiti sebagai seorang penyanyi dan juga tone suara yang mahal.

“Mula-mula dia antara Naufal atau Meer Nash, saya tak nampak untuk Coex terkeluar bagi saya sayang kalau Coex terkeluar sekarang baru minggu ini mereka dapat tunjuk vokal mereka.

“Saya ralat, sebab tone suara Naufal sangat mahal , dia boleh buat semua orang rasa cair tapi persembahan tadi tak cukup dan kalau nak dibandingkan mengenai peningkatan Meer Nash dan Coex lebih banyak berbanding Naufal.

“Tapi macam Naufal, minggu lepas kita dah bagi peluang kalau minggu ini kita bagi peluang lagi, kita akan dibenci oleh netizen,” seloroh Aina Abdul.

Selain Aina, peserta Big Stage diadili oleh Ajai selaku juri tetap dan minggu ini mereka ditemani juri jemputan iaitu Ernie Zakri dan Mierul Aiman sebagai Presiden Netizen.

BACA: #BIGSTAGE5: “Dia Tak Ada Luck & Kami Kena Adil” - Imuniti Tak Digunakan Dengan Baik, Ajai Nampak Prestasi Naufal Tapi…

Terdahulu, Naufal menjadi bintang kedua tersingkir selepas Isaac Voo.

Naufal telah menyampaikan lagu Only yang dipopularkan oleh penyanyi Korea, Lee Hi.

Manakala bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Meer Nash, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).