Laman Utama
BIGSTAGE5: “Terpaling Lawa” - Wawa Zainal Dipuji Terima Teguran Netizen, Baju Pun Tak Sendat Dah
Pelakon, Wawa Zainal dipuji netizen selepas tampil dengan berpakaian sopan dan tidak ketat di konsert keempat Big Stage 5 pada Ahad lalu.
Memakai busana hasil rekaan pereka Asyraf Ariff, Wawa kelihatan begitu anggun dan diibaratkan seperti seorang puteri dalam watak animasi Disney yang baru pulang dari dewan tarian.
Selain penampilan, netizen juga berterima kasih kepada Wawa kerana mengambil kira teguran yang diberikan mereka di minggu kedua kerana berpakaian sendat.
Antara komen yang diterima Wawa adalah:
“Cantiknya Wawa, outfit ni terpaling lawa,”
“Haritu kena kecam dengan acik bawang kali ni lawa terus dia pakai,”
“Cantiknya, love teruk, cantik dan sopan,”
Untuk info, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel merupakan penaja Big Stage 5 menerusi jenama mereka, Wawa Cosmetics.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Manakala bintang pertama yang tersingkir adalah Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash.
Must-Watch Video