Laman Utama
“Bila Dah Kaya, Maju Mulalah Datang Ba**- Ba** …” Kak KM Dedah Ada Pengkhianat Dengki Dengan Perniagaan
Usahawan Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM mendedahkan sudah mula ada yang iri hati dan hasad dengki melihat kejayaannya dalam bidang perniagaan.
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagramnya, Kak KM memberitahu ada cubaan untuk mensabotaj perniagaan miliknya.
“Biasalah bila kau dah kaya, bila kau dah berniaga yang memang maju, laris tak ada orang boleh kalahkan kau lagi, mulalah datang pengkhianat.
“Datang orang yang dengki dekat kau, datanglah ba**-ba** hamlau, itu biasa. Tapi kita rilek lah kita tak buat salah apa dengan kau.
“Itu kes lama yang baru sekarang nak kemukankan tapi tak apalah macam mana pun kita hadap sahaja, lagipun benda dah selesai. Alhamdulillah,” katanya.
Dalam pada itu, Kak KM juga turut mengesahkan kehadirannya di Mahkamah Majistret pada Isnin, 28 September lalu.
“Sabar, yang kena dakwa aku bukan korang. Terima kasih yang prihatin dekat Kak KM, kesian, yang tanya sama ada betul atau tidak saya dekat mahkamah.
“Betul tak salah orang lagi, macam ni paparazzi ambil gambar aku, seronok tapi aku pun keliru tadi nak buat peace ke buat apa tak tahu sebab kita tak bersalah.
“Yang pasti bukan jamu kak KM yang punya fasal ni, yang punya fasal adalah produk Kak KM yang lagi satu hal-hal fasal lambat keluar kelulusan KKM. Benda tu tak ada apa dah selesai syukur. Alhamdulillah.
“Saya ingin beritahu di sini tak perlu risau, semua produk saya ada kelulusan, korang tak payah nak takut tanpa was-was lagi,” jelasnya.
BACA: Anak Aktres Didenda RM10,000, Miliki Produk Tanpa Kelulusan KKM
Terdahulu, media melaporkan anak pelakon dan juga seorang selebriti Instafamous didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk jualan.
Kredit foto: Instagram @lianarosli_official
Must-Watch Video