Laman Utama
"Bila Dah Kena Baru Tahu Macam Mana..." - Haiza Selesai Jalani Kuarantin COVID-19
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi memaklumkan dirinya selesai kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
"Ada saja di sekeliling kita, bila dah kena baru tahu macam mana. Demam dan dada jadi sempit. Susah sikit nak bernafas. Tapi Alhamdulillah, ikhtiar kita dah ada vaksin, lengkap cuma belum booster.
"Suami, saya dan Iman dapat lalui dengan baik. Terima kasih kepada yang banyak membantu. Anda tahu siapa anda, moga Allah sentiasa melindungi anda," kongsinya.
Kata Haiza, jangkitan COVID-19 masih boleh terkena meskipun sudah divaksin, namun risikonya mungkin tidak setinggi yang belum menerima vaksin.
"Memang benar, kalau dah vaksin pun boleh kena, kalau tak vaksin apatah lagi. Risikonya lebih tinggi.
"Ubat dan makanan sunnah itu juga ikhtiar, maka seimbangkan, Allah Maha Penyembuh dan wajib untuk kita melindungi diri dan orang sekeliling. Jadilah manusia yang bertanggungjawab," katanya lagi.
Di penghujung kapsyen, Haiza meletakkan tanda pagar #selesaikuarantin menggambarkan keadaan terkini dia bersama keluarga.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Haiza bersyukur kerana Haiza telah kembali sihat dan boleh kembali bekerja.
Must-Watch Video