,
Laman Utama

“Bila Diam, Semakin Banyak Fitnah Dilemparkan” – Sheila Majid Jawab Isu Wang Royalti RM21 Juta ‘Diperam’

Fiza Kamarudin
25/09/2021
00:35 MYT
Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid akhirnya tampil bersuara selepas terlalu banyak berita tidak benar disebarkan terutama berhubung isu wang royalti yang belum diagihkan.
Menurut Sheila ini kali pertama RPM memberi kenyataan selepas kontroversi tersebut dan petisyen mendesak dirinya berundur.
“Kami rancang untuk menjelaskan segalanya kepada ahli menerusi Mesyuarat Agung Tahun Isnin ini, tetapi pelbagai andaian dilemparkan sehingga menjadi fitnah.
"Saya tak boleh terima bila mendengar kononnya RPM penipu dan makan duit. Ini termasuk dakwaan duit stuck kerana RPM sengaja tak agih.
“RPM sudah melakukan yang terbaik selama ini, kami di RPM bekerja tanpa bayaran memperjuangkan hak dan menjaga kepentingan ahli.
“Kami mahu hak setiap ahli diagihkan secara adil dan saksama,” katanya ketika majlis sidang media secara virtual yang diadakan pada Khamis.
Sidang media turut dihadiri ahli lembaga pengarah RPM iaitu Jaclyn Victor, Anna Raffali, Alfa Booty, Razin Mestica, Aniu dan Muhamad Razin. Menjawab dakwaan RPM sengaja melengahkan agihan wang royalti berjumlah RM21 juta, Sheila berkata ia perlu melalui proses yang betul.
“Saya akui terdapat kelewatan dalam pengagihan royalti kerana pelbagai kekangan antaranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap RPM juga masih belum selesai.
“Agihan akan disalurkan kepada semua 1,961 ahli secara berperingkat selewat-lewatnya akhir tahun ini atau awal tahun depan.
"Wang itu bakal diagihkan, tidak benar tuduhan RPM sengaja melengahkan atau tahan duit tu. Mohon semua ahli bersabar.
“Saya juga memohon semua ahli membuat tuntutan secara betul dan teratur... Ada proses yang perlu dilalui.
“Sekarang ini kite sudah berada di peringkat akhir proses pengiraan termasuk menunggu laporan penggunaan bagi tahun tuntutan 2019,” katanya. Sheila berkata, dia akan meleraikan segala kekusutan dan tuduhan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, Isnin ini.
Dalam pada itu Sheila sempat mengulas mengenai petisyen yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi RPM.
“Saya tidak boleh kawal perkara tersebut, terpulang kepada ahli jika berasakan saya tidak buat kerja dengan baik.
“Saya pun tidak akan selamanya berada di sini. Undi saya keluar jika rasa tidak puas hati, tak apa, saya tak marah pun.
“Cuma pesan saya berhati-hati memilih individu yang bakal menerajui RPM nanti. Check background dan kemampuan untuk menguruskan segala hal bukan gelap mata kerana nampak duit yang banyak dalam simpanan,” katanya.
Kontroversi melibatkan RPM mula tercetus apabila Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez mendakwa isu royalti belum berkesudahan sejak Sheila mengepalai RPM.
Petisyen mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi RPM turut dilancarkan kerana didakwa gagal menyelesaikan isu royalti artis.
Kemelut semakin memuncak apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan dengan menyiasat tiga badan kutipan royalti iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd dan RPM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pecah Rekod French Fries Tertinggi Di Malaysia, McDonald's Malaysia Diiktiraf Malaysia Book of Records!

gempak
14/07/2023
10:17 MYT
Tahniah McDonald's Malaysia
Laman Utama

Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur Bukti Sheila Penghibur Sejati & Magma Seni Yang Tiada Ganti

gempak
19/03/2023
08:47 MYT
Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur Berjaya
Laman Utama

Sheila Majid Bersyukur Dapat Jaga Arwah Ibu Selama Lima Bulan - “Allah Seolah-Olah Memakbulkan Doa Saya…”

gempak
15/12/2022
07:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Konsert Sheila Majid Big Band Hanya Berlangsung Satu Malam Saja! - “Kalau Peminat Nak Lagi Mereka Boleh…”

gempak
08/12/2022
05:25 MYT
Tak sabar nak tengok konsert Sheila Majid!
Laman Utama

Padi Reborn 25 Years Begitu Indah, Duet Dengan Sheila Majid Bikin Heboh

gempak
04/12/2022
15:35 MYT
Padi Reborn sedang merayakan ulang tahun ke-25 penubuhan kugiran mereka.