,
Laman Utama

#BilaBadrulBicara: Eh, Bukan Dengki, Tapi Biarlah Berkualiti. Alaaahhh, Followers & Likes Boleh Dibeli!

Badrul Hashim
23/03/2021
03:50 MYT
Alhamdulillah! Terima kasih Izara Aishah kerana bersuara! Begitu juga dengan Rita Rudaini. Dah lama aku nak tulis tentang perkara ni tetapi aku sebagai pemerhati boleh 'menyampuk' sahaja bila ada yang bangkitkan sesuatu isu. Kalau aku bercakap sendiri, belum tentu orang akan nampak.
Perkara ini dah mula berlaku sejak tahun lalu. Itu setahu aku lah. Macam mana aku tahu? Kerana salah seorang pelakon yang yang aku kenal dan punyai belasan tahun pengalaman (tak termasuk beberapa anugerah terbaik yang diterima) komplen tentang influencer yang diambil berlakon oleh syarikat produksi.
"Dah tahu tak ada pengalaman, buatlah homework dulu. Datang set baru nak baca skrip. Lepas tu dialog pendek pun sampai berpuluh-puluh take. shoot satu dua scene pun dari pagi sampai ke petang!
"Masa free pulak sibuk nak buat content untuk YouTube channel dan Instagram kau. Main phone. Bukannya nak bertanya pengarah atau pelakon lain. Yang susah, pelakon-pelakon lain yang terpaksa menunggu. Bila tegur, tersengeh tanpa rasa bersalah," kata pelakon sebut dengan rasa kesal.
Ya! Kisah pelakon diambil berlakon berdasarkan pengikut di sosial media ini sudah lama berlaku. Belum habis di situ, produksi kita mahu 'menjerat' penonton lagi dengan influencer yang dikatakan ramai pengikut pula.
Zaman teknologi ini masih ada yang rabun dan kabur matanya. Followers dan Likes di sosial media ini boleh dibeli! Ada duit, semua boleh jadi. Tak perlu pun content yang bagus. Segala yang mengarut, membazir, prank dan sebagainya boleh jadi content.
Rentas negeri kerana nak honeymoon juga boleh jadi content. Pakai gelang pink jalan-jalan masuk kedai makan pun boleh jadi content. Buat babi air pun boleh jadi content. Asalkan viral! bila viral orang akan tengok, bila orang tengok bertambahlah viewers! Kerja mudah semua tu walaupun orang yang tengok dan komen semuanya menghentam. Tak mengapa, yang rabun hanya tengok jumlah viewers saja.
Kemudian kita mengambil orang-orang seperti ini untuk dijadikan pelakon. Haishh! Sedangkan ramai lagi yang belajar seni lakonan, teater dan sebagainya dipinggirkan. Kerana apa? Kerana pengikut di sosial media tidak ramai dan dari situlah tanda aras drama-drama di televisyen kita.
Aku suka dengan sikap seorang pelakon lelaki hebat ini. Ditawarkan sebagai pelakon utama untuk tiga drama bersiri, dan soalan yang ditanya olehnya adalah siapa yang akan melakonkan watak-watak heroin di sampingnya.
Mendengar sahaja nama seorang influencer yang akan membawakan watak heroin untuk salah satu daripada tiga siri drama tersebut, dia tanpa berfikir soal bayaran atau skrip bagus atau tidak, terus menolak.
Bila aku tanya kenapa perlu tolak, ini jawapan yang cukup deep!
"Bagilah skrip bagus mana sekali pun, saya akan penat menunggu untuk dia dapat apa yang dikehendaki dalam skrip sebab tak ada basic dalam lakonan. Paling teruk, lakonan saya juga akan nampak 'murah'. Baik saya tolak.
"Kalau mahu dia belajar atau perlukan dia untuk tarik minat orang menonton, bagi watak extra terlebih dahulu. Biar dia tengok bagaimana sukarnya untuk pelakon membawa watak yang diberi," katanya bersahaja.
Aku cuma berharap agar dia juga akan bersuara di sosial media miliknya. Biar pelakon-pelakon hebat sepertinya membuka mata semua bahawa kita tidak perlukan influencer yang tidak ada basic lakonan untuk menjadi pelakon utama. Belajar dulu dari bawah.
Jadi, betul ke alasan pihak produksi mengatakan penonton yang mahu lihat influencers ini beraksi? Atau sekadar alasan untuk menarik orang menonton? Yalah, perkara penting yang sering dijerit-jeritkan di sosial media adalah drama itu dan drama ini tranding nombor satu. Orang bercakap tentang drama tersebut, tapi belum tentu kerana drama itu bagus. Mungkin kerana drama tersebut busuk!
Tolonglah! Tolong sama-sama selamatkan industri seni kita!
Jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Instagram Izara Aisha & Rita Rudaini
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Hiburan

Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

gempak
13/11/2024
07:58 MYT
Astro mengumumkan inisiatif baharu menggunakan kekuatan Artificial Intelligence (AI) dengan kerjasama pelakon Project; Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul.
Hiburan

Dituduh Jadi Pembuli, Aiman Ameer Anggap Fitnah Tak Berasas– “Saya Tak Salahkan Tapi…”

gempak
12/11/2024
09:20 MYT
Pelakon baharu, Aiman Ameer menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seorang pembuli di media sosial beberapa bulan lalu.
Unitar