Bintang siri Euphoria, Chloe Cherry didakwa mencuri sehelai blaus dari sebuah kedai yang terletak di kampung halamannya di Lancaster, Pennsylvania.
Insiden tersebut berlaku pada Disember tahun lalu, namun baru dijatuhkan pendakwaan pada Januari 2023.
Menurut kronologi kes, Cherry masuk ke sebuah kedai di dalam pusat beli belah Building Character pada 27 Disember 2022 dan mencuba sehelai baju berharga $28 (RM119).
Selepas mencuba dalam bilik persalinan, pelakon berusia 25 tahun itu terus memakai baju tersebut tanpa membayar.
Dia bagaimanapun dikatakan membayar beberapa barangan lain dengan kad kredit, tetapi tetap tidak membayar baju yang tersarung pada badannya, lapor TMZ.
Tindakan Cherry disedari oleh kakitangan kedai sebelum polis menahannya dan dia mengaku telah mengambil baju tersebut. Cherry kemudian memulangkan baju yang diambil kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, wakil dari pihak Cherry mempunyai versi berbeza dari cerita yang sudah tersebar sekaligus mencalarkan imej pelakon tersebut.
Mereka mendakwa terjadi salah faham sewaktu Cherry membuat pembayaran.
“Pada Disember lalu, terjadi salah faham mengenai baju yang tidak dikira (bayar) dalam kad kredit klien kami.
“Cherry menafikan sengaja mengambil baju tersebut. Dan itu bukan kesnya.
“Dalam cerita ini, ia lebih kepada kedai lokal tersebut cuba mengambil kesempatan terhadap populariti pelakon itu,” dakwa wakil tersebut.
Pelakon yang sebelumnya bergelumang sebagai bintang filem porno ini membawa watak Faye dalam karya Euphoria.
Maliah Surip
Sun Feb 05 2023


Amelia Henderson Tetap Dengan Prinsip Diri Jika Masuk Miss Universe - "Kalau Pakai Bikini, Saya...."
Jom sokong Amelia

Tiada Sempadan Lontaran Suara! Aru Peruzza, Radhi OAG & Fathul Spiral Kinetic Circus Reunion Dalam Pekik
Best!

Isteri ND Lala Dedah Wajah Seorang Wanita Dengan Gelaran Penyondol
Siapa penyondol itu?

Filem Gold Angkat Kisah Kejayaan Jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou!
Filem berdasarkan kisah benar

"Kami Dah Get Back Together"- Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali
Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali

Masih Adakah Cinta? Ini #Throwback Momen Manis Farid Kamil & Diana Danielle
Mereka pernah jadi pasangan yang sweet

Selepas 14 Hari Jemaah Malaysia Hilang, Anak Sahkan Bapa Ditemui Meningga Dunia – “Mohon Jangan Tanya Tentang…”
Anak Sahkan Bapa Ditemui Meningga Dunia

Mat Dan Gembira Dikurniakan Anak Perempuan Kali Pertama
Wah Mat Dan dapat baby girl!

Netizen Terpegun Tengok Pinggang Che Ta Kekal Ramping - “Dia Macam Tak Tahu Nak Beza Leher Atau…”
Che Ta tetap maintain cantik!

“Kami Ingin Tunjuk Bakat, Bukan Sekadar Rupa” - Da Unknown Mahu Buktikan Muzik Dihasilkan Berkualiti
Kacak-kacak team member Unknown