Hiburan

Bintang Taiwan Cium Mulut Anak Gadis, Akui Tanda Hargai Kasih Sayang

gempak
Maliah Surip
25/01/2024
13:50 MYT
Sponsor Banner
Bintang Taiwan Cium Mulut Anak Gadis, Akui Tanda Hargai Kasih Sayang
Seorang bintang terkenal Taiwan, Wang Cai Hua mengejutkan penonton dengan tindakan spontannya sewaktu muncul dalam sebuah program realiti televisyen bersama anak perempuannya.

BERITA TRENDING: “Tak Diajar Budaya Dan Agama Ye?” - Kongsi Gambar Cium Anak Lelaki Di Bibir, Kevin Zahri Dikritik Netizen

Cai Hua, 55, telah mencium bibir anak perempuannya yang berusia 20 tahun, Huang Yuting dalam tempoh 20 saat.
Perbuatan tidak senonoh itu berlaku sewaktu pasangan anak beranak tersebut terbabit dalam program realiti WEARE sempena tayangan Tahun Baru Cina.
Selepas habis melakukan persembahan bersama, Cai Hua mendekati anaknya dan mengucup remaja perempuan itu di bibir.
Kucupan si ibu disambut anaknya dan aksi mereka ditayangkan hampir 20 saat kepada umum, lapor 8dayssg.
Tindakannya itu dianggap kurang sopan dan tidak bermoral sementelah kedua-duanya adalah wanita.
Penonton juga menyifatkan seorang ibu perlu lebih sensitif tentang perbuatan yang dilakukan dan dipertontonkan kepada anak-anak, apa lagi mengucup bibir di antara satu sama lain.
Namun Cai Hua dalam satu temubual memberitahu dia sengaja mengucup bibir anaknya kerana berhenti berbuat demikian sejak Yuting meningkat remaja.
Justeru dia berfikir mahu meneruskan cara meluahkan kasih sayang dengan mencium anaknya meski dia sudah dewasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live