,
Laman Utama

"Boleh Dikenakan Hukuman 2 Tahun Penjara Atau ..." - Peguam Azwan Ali Ulas Isu Saman Fitnah

Amri Hassan
17/08/2021
22:50 MYT
Peguam yang dilantik untuk mewakili pengacara terkenal Azwan Ali, Azfar Azmi secara ringkas mengulas mengenai konflik yang tercetus antara pelakon wanita seperti yang tular baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Azwan di akaun Instagramnya pada Selasa, Azfar dari firma guaman Shaharudinali Azfarazmi & Co menasihati orang ramai agar menjaga pertuturan dan pernyataan yang boleh mengundang fitnah.
"Suka untuk saya ingatkan kepada semua khususnya netizen rakyat Malaysia, jaga-jaga dan hati-hati dalam menuturkan apa-apa pernyataan yang mungkin salah, tidak benar dan mungkin diklasifikasikan sebagai satu fitnah.
"Kerana fitnah ini bukan sahaja satu kesalahan sivil, dalam liabiliti jenayah ia adalah satu perbuatan jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.
"Ia memperuntukkan bahawa barangsiapa yang menuturkan, menerbitkan kata-kata tohmahan dan fitnah, hukumannya di bawah Seksyen 500 akta yang sama kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara dan denda, atau kedua-duanya sekali.
"Jadi, kepada semua marilah kita sama-sama cakna undang-undang, yang baik kita ikut yang jahat dan bertentangan dengan undang-undang kita abaikan," jelasnya.
Dalam hantaran sama, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat baru-baru ini.
Sementara itu ujar Azfar ketika dihubungi Gempak berkata pihaknya tidak boleh mengulas lebih lanjut sebaliknya menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
"Setakat ini kes masih dalam siasatan PDRM jadi saya tidak boleh mengulas secara lanjut kerana bimbang akan mengganggu gugat siasatan PDRM," tambahnya.
Azwan juga pada masa sama mengharapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa agar mendapat keadilan sewajarnya.
"Kita biarkan pihak PDRM menjalankan tugas mereka, kita tak nak ganggu dan kita harapkan yang terbaik untuk kes ini," kata Azwan.
Azwan sebelum ini mendedahkan bakal mengemukakan saman terhadap seorang pelakon wanita yang didakwa mengugut dan memfitnahnya di media sosial.
BACA: Diva AA Nak Saman Pelakon Wanita RM5 Juta! – “Kerana Dia Fitnah Di IG Story Kononnya Saya Ditaja Azmin Ali…”
BACA: Selepas Keluar Kenyataan Nak Saman RM5 Juta, Diva AA Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Selebriti Wanita
Difahamkan pelakon wanita tersebut telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali.
Kontroversi tercetus apabila Azwan menegur cara berpakaian seorang pelakon wanita di PPV untuk mengambil suntikan vaksin.
Pelakon wanita tersebut bertindak membalas ciapan Azwan di laman sosial Instagramnya apabila terkejut dengan perkataan ‘b*rit mak hang’ yang ditulis pengacara itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Unitar