,
Laman Utama

"Boleh Nampak Penerbit & Penulis Skrip Buat Research!" - Penonton Puji Cara Kerja Produksi Filem Penunggang Agama

Zulaikha Yusof
16/04/2021
14:00 MYT
Filem Penunggang Agama masih ditayang di Astro First saluran 480.
Terus mendapat maklum balas positif daripada penonton, filem ini masih kekal di carta pertama sejak 26 Mac lalu.
Sikap efisien dalam menghasilkan filem ini ternyata membuat rata-rata yang menonton berpuas hati dengan jalan cerita Penunggang Agama.
"Penunggang Agama best! Cerita tak takut pun tapi banyak pengajaran dan boleh nampak penerbit dan penulis skrip buat research!" tulis pengguna yang menggunakan nama @meyyana.
Malah, individu terbabit turut memberi pujian kepada semua pelakon yang terlibat terutamanya kepada Azira Shafinaz kerana telah memberikan hasil yang terbaik.
"Lakonan semua memang bagus terutama Azira. Jadi siapa penunggang agama sebenar? Tepuk dada tanya selera," tulisnya lagi.
Selain Azira, filem Penunggang Agama turut dilakonkan oleh barisan pelakon lain antaranya Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.
Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.
Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.
Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.
BACA: Cabar Diri Jadi Ustazah Anna, Azira Shafinaz Ingin Buktikan Kemampuan Diri - "Apabila Dapat Peluang Ini Memang Tak Nak Tolak ..."
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam. BACA: Filem Pertama Tebus Pasaran Luar Negara, Penunggang Agama Ditayang Hari Ini Di Pawagam Singapura
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG