,
Laman Utama

Filem Pertama Tebus Pasaran Luar Negara, Penunggang Agama Ditayang Hari Ini Di Pawagam Singapura

Zulaikha Yusof
15/04/2021
08:14 MYT
Filem Penunggang Agama ditayang di Singapura bermula hari ini menerusi pawagam Cathay.
Lapan lokasi ini dijangka akan menjadi tumpuan penonton iaitu di AMK Hub, The Cathay, Orchard Cinelesirure, Downtown East, West Mall, JEM, Causeway Point dan Parkway Parade.
Penunggang Agama adalah filem pertama yang menembusi pasaran pawagam di luar negara semenjak pandemik Covid-19.
Filem seram thriller islamik ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.
Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.
Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.
Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.
BACA: Penuh Pengajaran! Penonton Hayati Jalan Cerita Filem Penunggang Agama, "Jangan Mudah Percaya Orang Dari Cara Pakaian"
Untuk makluman, Penunggang Agama masih kekal berada di kedudukan pertama dalam carta filem Top 5 Astro First.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dihalang Isi Minyak Kereta, Shakilla Khoriri Bengang Dituduh Warganegara Singapura Hanya Kerana No Plat Kereta - “Kereta Besar Otak Kosong”

gempak
06/11/2024
05:55 MYT
Menurut Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri individu tersebut telah memanggil pekerja stesen minyak berkenaan dan memberitahu jangan izinkan dia untuk mengisi minyak di stesen tersebut.
Viral

Tak Pernah Haramkan, Kelantan Akan Bincang Syarat Sedia Ada Buka Pawagam

gempak
05/11/2024
09:25 MYT
Kerajaan negeri akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai syarat yang akan dikenakan untuk membuka pawagam di negeri ini berikutan ada permohonan daripada beberapa syarikat.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

gempak
27/10/2024
00:55 MYT
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Filem

Jadi Pegawai Polis, Penunggu Rimba… Dukun Pun Boleh! Ini 5 Filem Zul Ariffin Yang Wajib Anda Tonton

gempak
21/10/2024
11:55 MYT
Siapa yang tak kenal dengan aktor popular, Zul Ariffin. Sudahlah sasa, kacak pula. Memang pakej lengkap yang menjadi pujaan ramai.
Unitar