Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew menafikan tohmahan penyanyi rap, Caprice yang mendakwa pasukannya seperti kumpulan gangster atau mafia.

Perkara itu diluahkan Ebit menerusi sesi siaran langsung di platform media sosialnya, tengahari tadi.

Menurut Ebit, dia tidak faham bagaimana tohmahan itu tercetus hingga menjadi tumpuan ramai pihak.

“Saya tak faham macam mana, dia kata team saya bukan macam orang lain, team saya macam mafia, geng Ebit Lew mafia.

“Tuan nampak saya macam Mafia ke? Mungkin dia stress tapi tak nak berhenti, saya pula ternanti-nanti dia nak live nak kata saya,” katanya.

Jelasnya, ketika Caprice berkunjung ke hotel penginapannya, memang ada beberapa pasukannya yang memakai kot serta jaket kulit berwarna hitam.

“Bila dia datang ada la empat orang pakai kot hitam dan jaket kulit. Jaket tu beli dekat sini murah dalam RM100 ke RM200 je.

“Macam drama Vincenzo, saya pun tengok Vincenzo.

“Orang saya pun boleh tahan tegap macam bodyguard tapi bukan bodyguard. Mereka macam ahli keluarga,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menyangka hubungan mereka berentakan sebegini kerana sebelum ini semuanya tiada masalah.

“Kami tak rapat tapi saya hormat semua orang. Waktu di hotel saya pelawa makan, dia tak mahu dan dekat situ saya dah nampak lain macam,” katanya.

Terdahulu, nama Caprice menjadi kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di IG, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ustaz Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice dengki dengan penceramah bebas tersebut.

Bagaimanapun, selang beberapa hari, Caprice tampil memohon maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ustaz Ebit Lew.

BACA: Mengaku Bertindak Ikut Emosi, Caprice Mohon Maaf Kepada TMJ, Hishamuddin, Ebit Lew & Malaysia

BACA: Digelar Dajal & Makan Duit Haram Ebit Lew Nafi Bawa Duit Rakyat Malaysia Masuk Gaza

BACA: Jawab Fitnah, Ebit Lew Persoal Nadir Al-Nuri - "Mana Pergi RM20 Juta Duit Rakyat Malaysia?"

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)