Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal berkongsi kisah lama bersama seorang rakan yang dikenali sejak 2010.

Menerusi hantaran di Facebook, Azmi mengimbau kenangan meminjamkan wang sebanyak RM18,000 bagi membolehkan rakannya, yang juga bekas kakitangan sebuah pusat beli-belah memulakan perniagaan menjual susu dan bergelar stokis Farm Fresh.

BERITA TRENDING: “Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya” - Abby Abadi

Menurut Azmi, rakannya yang bernama Sofea itu datang berjumpa dengannya untuk bertanya jika ada sebarang peluang pekerjaan atau peluang mengusahakan bisnes kecil selepas diberhentikan kerja.

Tambahan pula, bisnes suami Sofea iaitu Ah Siang juga tidak mampu berjalan memandangkan negara pada waktu itu berdepan dengan arahan lockdown sehingga menjejaskan pendapat mereka sekeluarga.


Azmi mengakhiri perkongsiannya dengan menyatakan bisnes Sofea, yang pada awal bermula sebagai stokis, kini berkembang dan mampu menjana pendapatan sehingga RM25 juta setahun.

BERITA TRENDING: Isteri Aslam Komen Tuduhan Kahwini Marissa Di Thailand