Laman Utama
Buat Aktiviti Ziarah, Rentas Negeri, Azizulhasni Awang Terima Kecaman Wargamaya - “Anda Ikon, Tolong Tunjuk Contoh Yang Baik”
Jaguh basikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang mengundang kecaman wargamaya apabila dilihat menziarahi beberapa kediaman orang kenamaan antaranya penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Terbaharu, Azizul turut mengadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di ibu pejabat JDT serta Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Saya berkesempatan berjumpa dengan penyanyi kesayangan satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami Dato’ Sri Khalid serta anak mereka yang comel Siti Aafiyah.???https://t.co/BIq74My0UR https://t.co/ckqeQXhDuV— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) September 6, 2021
Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) @HRHJohorII diatas perkenan mencemar duli menjemput patik untuk mengadap Tunku di JDT HeadQuarter. ??? pic.twitter.com/VwvCI3q29O— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) September 8, 2021
Menjunjung kasih KDYMM SULTAN TERENGGANU AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH dan KDYMM SULTANAH TERENGGANU TUANKU SULTANAH NUR ZAHIRAH di atas perkenan mencemar Duli menjemput patik untuk mengadap Tuanku. pic.twitter.com/sktOt2zKcL— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) September 10, 2021
Menerusi perkongsian tersebut, ramai wargamaya meluahkan rasa kesal mereka melihat Azizul didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti merentas daerah, negeri serta melakukan aktiviti menziarah.
Pada mereka, Azizul yang dilihat sebagai seorang ikon kebangsaan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.
Di ruangan komen juga, rata-rata wargamaya menyatakan kekecewaan mereka yang tidak dapat pulang menjenguk ibu bapa di kampung gara-gara larangan merentas negeri.
“Well, as one of his supporters, I'm disappointed and disgusted. Tak tau la nak cakap apa,” ujar seorang wargamaya.
“Rupa-rupanya pingat tu lagi power dari surat MITI,” tulis seorang wargamaya.
“Janganlah duduk update media sosial kalau buat mende hok orang lain dok dibenorkan buat lagi. Jadi marah ke orang lain,” pesan seorang wargamaya.
“Duduk rapat, mask tak pakai.. You’re an icon, please show a good example to us all rakyat marhaen here,” komen seorang wargamaya.
“Suka hati kau berjalan sana sini. Kami hormat kau bagi pingat untuk Malaysia. Tapi kau juga kena hormat kami yang dah lama tak jumpa mak ayah,” luah seorang wargamaya.
“Menyesal aku tak jadi atlet menang pingat atau retis. Kalau lah aku sungguh-sungguh masa PE dan choir classes dulu, SOP tak lut kat aku sekarang ni,” kata seorang wargamaya.
“Haritu aku impress gila tengok basikal nipis, tapi harini hilang impress. Ada orang depress sampai meninggal tak dapat jumpa mak ayah 6 bulan. Aku pun tak dapat jumpa dari bulan Mac tau,” komen seorang wargamaya.
“Sorry Bro, maybe you've been away from Malaysia, some of us haven't even seen our elderly parents in almost a year! Stay Safe,” kata seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Azizul meraih pingat perak pada acara Keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Pada perlumbaan akhir acara tersebut, pelumba Britain, Jason Kenny mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Olimpik Rio 2016 manakala Harie Lavreysen (Belanda) meraih gangsa.
Must-Watch Video