“Buat Content Murahan Tak Cerdik” - Vida ‘Sekolahkan’ TikTokers Campak ‘Wang Palsu’ RM10K?
Kisah pempengaruh dikenali sebagai Puteri Sari yang mencampakkan kepingan duit didakwa wang palsu mendapat kritikan hebat daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.
Menerusi satu posting di TikTok, Vida menganggap apa yang dilakukan Puteri itu adalah satu keputusan yang tidak cerdik.
Menurutnya, ‘gimik’ mencampak wang sangat berisiko untuk dilakukan oleh mana-mana individu.
“Buat content tak cerdik, tak sekolah baling-baling duit.
“Content duit palsu ni merisikokan diri, nak viral, baling-baling duit, risiko orang kecam keji,” katanya.
Tambahnya, dia juga menasihatkan supaya Puteri Sari tidak melakukan ‘content’ murahan terutama berkaitan duit.
“Duit ni dia ada roh, tak boleh buang, tak boleh campak walaupun palsu.
@datoserividaofficial PERLU KE BALING DUIT BAGAI @puteriisarii #datosrivida #puteriisarii #duitpalsu #campakduit ♬ original sound - QU PUTEH BARULAH PUT
Sekadar info, isu ‘panas’ membabitkan Tiktokers terkenal itu dikatakan tercetus apabila dia menerima tawaran ‘paid review’ untuk mempromosikan produk seorang usahawan.
Namun, dia kemudian menyedari wang bernilai RM10,000 yang diterima dalam bentuk tunai itu berkemungkinan adalah wang palsu.