Berita

Budak Maut, Lapan Cedera Nahas Treler Dan Kereta

gempak
Gempak
21/11/2024
05:25 MYT
Sponsor Banner
Budak Maut, Lapan Cedera Nahas Treler Dan Kereta
Seorang kanak-kanak maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta Proton Iswara di Kilometer (KM) 148.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada petang Rabu.

BERITA BERKAITAN: Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

BERITA BERKAITAN:Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"

BERITA BERKAITAN:Kemalangan Maut: Empat Sekeluarga Dikebumi Dalam Dua Liang Lahad

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Syukor berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.59 petang
Memetik laporan Sinar Harian, kereta Proton Iswara membawa empat orang dewasa dan empat kanak-kanak, manakala treler dipandu oleh seorang lelaki dewasa.
"Malangnya, seorang kanak-kanak lelaki dari kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mangsa lain mengalami pelbagai tahap kecederaan dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
"Pemandu lori treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua mangsa berjaya dikeluarkan tanpa tersepit," katanya dalam kenyataan. Jelasnya, operasi di lokasi tamat pada jam 3.44 petang setelah keadaan disahkan selamat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024