Industri K-Pop tidak boleh lagi dipandang rendah dan dilihat sekadar hiburan yang disajikan kepada golongan muda.
Kumpulan K-Pop popular, BTS menyumbang sebanyak AS$4.5 bilion (bersamaan dengan RM18.8 juta) kepada pendapatan per kapita (GDP) Korea Selatan, menurut laporan The Hollywood Reporter yang disiarkan di portal Astro Awani.
BTS yang bakal kembali ke jelajah Speak Yourself di Amerika Syarikat pada Oktober ini habis menjual kesemua 300,000 tiket yang secara purata bernilai AS$452 setiap tiket dalam tempoh beberapa minit sehingga menyebabkan gangguan pada server Ticketmaster.
Selain penjualan tiket, BTS turut menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan dan barangan berjenama bernilai AS$130 juta termasuk buku, pakaian, kosmetik dan patung mainan.
Menurut laporan Hyundai Research Institute, bagi setiap seorang dalam 13 pelancong asing yang mengunjung Korea Selatan pada 2017, BTS menjadi faktor utama mengapa negara itu dipilih sebagai lokasi pelancongan.
Sejak 26 Ogos hingga 27 September 2019, kumpulan itu mengatasi carta industri K-pop secara keseluruhan yang menilai prestasi dari segi aktiviti media, komunikasi dan banyak lagi.
Berdasarkan carta oleh Korea Institute of Corporate Reputation, BTS menduduki tangga pertama, diikuti dengan TWICE di tangga kedua, dan Oh My Girl di tangga ketiga.
1. BTS (11,902,265 mata)
2. TWICE (6,009,100 mata)
3. Oh My Girl (5,536,980 mata)
4. MAMAMOO (5,285,411 mata)
5. Red Velvet (5,200,050 mata)
6. BLACKPINK (4,883,604 mata)
7. Lovelyz (4,786,845 mata)
8. Girls’ Generation (4,388,567 mata)
9. IZ*ONE (4,293,057 mata)
10. EXO (4,251,165 mata)
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Thu Oct 03 2019
THSS: Hadir Ke Konsert The Hardest Singing Show, Netizen Puji Tok Ram - “Comelnya Sokong Bini”
Kehadiran pengarah muzik, Datuk Ramli MS ke konsert minggu pertama The Hardest Singing Show pada Ahad lalu mencuri tumpuan orang ramai baru-baru ini.
Beri Komen Berbaur Sensitif Tentang Palestin, Netizen Bandingkan Sikap Azhar Sulaiman Dengan Leona
Susulan kritikan yang dilontarkan terhadap penyokong-penyokong gerakan Blockout 2024, pelakon Azhar Sulaiman teruk dikritik warganet di satu platform media sosial. Menerusi beberapa tangkap layar komen Azhar di Instagram, dapat dilihat pelakon berusia 53 tahun itu mengarahkan penyokong aktiviti memboikot tersebut untuk pergi sendiri ke Palestin
Terus Dihenyak Kritikan Sejak Semalam, Zus Tampil Dengan Permohonan Maaf Ke-2
Jenama kopi tempatan Zus Coffee tampil menyatakan permohonan maaf untuk kali kedua, susulan kenyataan pertama menerima kecaman hebat dalam kalangan pelanggan dan netizen.
Lelaki Bertopeng Ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, Dua Anggota Polis Maut & Seorang Cedera Parah
Seorang lelaki yang mengenakan topeng dilaporkan menceroboh masuk dan menyerang anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram Johor.
“Sedang Saya Berjalan Menuju Masjid Al-Aqsa, Seorang Wanita Palestin Berpesan…” - Leona
Leona turut menambah, sebagai seorang individu yang pernah melawat Palestin, ‘matanya’ sentiasa terbuka dengan apa yang berlaku terhadap negara itu.
“Kalau Tiada Perkara Baik Nak Buat, Pergi Dengar Ceramah Ustazah Ke Apa…” - Fathia Latiff
Gara-gara berang setiap hantarannya dikritik warganet, pelakon Fathia Latiff tampil memuat naik video respon di Instagram Story.
Jom sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua!
Anda ada idea inovatif kreatif & Menarik? Kami memerlukan idea anda! Jom sertai Uji Bakat INNOVATHON musim kedua sekarang dan berpeluang untuk hadiah wang tunai!
Lee Jung Jae Bergelar Jedi Master Menerusi Star Wars: The Acolyte
Pelakon Korea, Lee Jung Jae bakal beraksi menerusi siri original terbaharu Star Wars: The Acolyte yang dijadualkan menemui penonton pada 5 Jun depan.
Kelly Clarkson Mengaku Makan Ubat Kurus: “Tapi Bukan Ozempic”
Sempat mendakwa dirinya kurus hasil diet, pemakanan ketat dan senaman yang teratur, Kelly Clarkson kini mendedahkan ‘rahsia’ lain di sebalik berat badannya yang susut.
Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.