Selepas kejayaan menerusi Muzikal Lawak Superstar musim ketiga, kumpulan pelawak UBI kini tampil rancangan komedi terbaharu Astro Warna iaitu UBI SUPERSTAR LIVE.

Gabungan serasi di antara Fad, Sharif Zero, dan Namie sebagai kumpulan UBI membuatkan para penonton tidak sabar untuk melihat mereka beraksi sekali lagi di atas pentas.

Bertambah menariknya lagi apabila mereka turut menjemput dua pelawak terkenal iaitu Shuib dan Ajak untuk menyertai empat episod UBI SUPERSTAR LIVE yang akan bermula pada 23 Februari ini.

“Rasanya perbincangan uuntuk tambah dua lagi merupakan perbincangan antara produksi dan UBI sendiri. Kita beri kebebasan sepenuhnya untuk berbincang sebab tak nak hanya satu pihak saja buat keputusan.

“UBI mencadangkan nama Ajak dan Shuib kepada kami dan kami terus setuju sebab dua pelawak ini mempunyai kelebihan dan ada benefit kepada UBI.

“Format dan konsep UBI, ada kelainan dan fresh tambahan ada kehadiran Ajak dan Shuib,” kata Norzeha ketika di sidang media pelancaran UBI SUPERSTAR LIVE di Mighty Monster MyTOWN, Kuala Lumpur pada Selasa.

Antara tarikan utama rancangan ini adalah penampilan rakan-rakan selebriti yang berbeza pada setiap minggu serta ramai lagi tetamu-tetamu undangan istimewa yang akan membuat kemunculan berdasarkan sketsa-sketsa yang dilakukan.

Penggunaan Live Props dalam sketsa-sketsa mereka juga merupakan tarikan rancangan ini yang dibawa kembali daripada Muzikal Lawak Superstar musim ketiga kerana merupakan salah satu prop yang digemari para penonton.

Para penonton pada kali ini pasti akan lebih teruja untuk menyaksikan lagak ngeri Fad, Sharif Zero dan Namie yang bakal bertembung dengan Shuib dan Ajak di atas pentas yang sama, membawa bakat dan karakter masing-masing yang dipenuhi idea luar daripada kotak.

UBI SUPERSTAR LIVE akan bersiaran secara langsung mulai 23 Februari 2023, setiap Khamis, jam 9.00 malam dan akan ditayangkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang fleksibel, para penonton turut boleh strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Tambah menarik buat peminat kumpulan UBI serta Shuib dan Ajak, UBI SUPERSTAR juga akan mengadakan satu episod istimewa raya iaitu UBI SUPERSTAR RAYA yang akan mempersembahkan pentas muzikal komedi berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.