Persembahan finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Shiha Zikir menerusi lagu Kalam merupakan antara yang menjadi tumpuan netizen.

Rata-ratanya menyatakan rasa terpegun apabila melihat Shiha menyanyi dalam keadaan dirinya sedang terbaring dan terapung.

Bagaimanapun ada yang tertanya tanya sama ada keadaan terapung itu hanya sekadar gimik atau kejadian yang benar.

Menjawab segala persoalan netizen, Shiha tampil memuat naik satu video pendek yang merakamkan sesi latihan ketika melakukan perkara itu.

Kata Shiha, untuk melakukan aksi itu benar benar mencabar disebabkan dia terpaksa menahan rasa pening dan ingin muntah kerana menyanyi dalam keadaan terapung.

“Ramai tanya ‘Shiha terapung ke awal-awal tu?’ Jawapannya Ya Shiha terapung. Memandangkan Shiha pernah terbang waktu perform lagu AEWO di AJL 36, jadi kali ni Shiha nak decide untuk terapung pula.

“Waktu latihan ni, Shiha pening kepala dan tahan muntah sebab tak pernah menyanyi dalam keadaan macam ni.

“Berkali-kali juga berlatih untuk dapatkan yang terbaik. Terima kasih my mastermind @aruleshi untuk idea idea sepanjang persembahan dan terima kasih @mawie khaili untuk komitmen sepanjang latihan AJL kali ni,” tulisnya.

BERITA TRENDING:Tepati Ramalan, Amir Jahari Menangis, Sujud Syukur! Hasrat Dinobat Juara AJL38

Terdahulu, Hasrat ciptaan sepenuhnya Amir diumumkan sebagai juara AJL38 dan menewaskan 11 lagu lain yang bertanding.

Kemenangan itu membolehkan Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.