Penampilan pelakon dan penyanyi, Fiza Halim nampaknya semakin menjadi perhatian netizen.

Lebih-lebih lagi apabila aktres cantik ini berkongsi satu video merakamkan dirinya sedang berbelanja di sebuah butik bag berjenama mewah iaitu Louis Voitton baru-baru ini.

Menerusi video tersebut jelas menunjukkan pemakaian tudung Fiza yang kurang kemas sehingga menampakkan sedikit bahagian rambut, leher dan juga dadanya.

Disebabkan itu juga, netizen telah menegur Fiza penampilan Fiza yang dianggap kurang sesuai dengan wanita bertudung.

Malah di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan khuatir sekiranya tudung yang dipakai Fiza itu ‘terbang’ dan kembali tidak berhijab seperti beberapa selebriti lain sebelum ini.

A post shared by ???? ????? ?????™️ (@fizahalimofficial)

Antara teguran yang diberikan netizen adalah:

“Nampak rambut maaf kalau salah… Dulu akak tengok Fiza pakai kemas je tudung…”

“Nampak pesen macam tak lama terbang tudung,”

“Fiza pakai tudung betul-betul lagi cantik… Ayu sangat-sangat wajah mu. Pakai tudung mcm ni dah tak nampak ayu. Please pakai elok-elok balik,”

“Entahlah… Pakai tudung tapi nampak leher, rambut, dada pun terdedah. Maaf ye, kita bukan ustazah tapi benda dah nampak kita cakap sahaja lah,”

Terdahulu, Fiza sebelum ini juga menjadi bualan netizen selepas dirinya didakwa mempunya hubungan cinta dengan suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Masa Saya Bercinta Dengan Engku Emran?” - Fiza Halim

Fiza bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Fiza sebelum ini pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah dengan juruterbang, Aizat Al Jefri.