Laman Utama
Campur Perkongsian Berbaur Tazkirah & ‘Maksiat’ Di Instagram, Ini Penjelasan Shahrulezad
Pengarah dan penerbit popular, Shahrulezad dilihat kerap berkongsi pelbagai kandungan menerusi Instagramnya. Baik isu semasa mahupun perkembangan drama arahannya, platform media sosial milik Shahrulezad boleh diibaratkan seperti sebuah medium pelbagai.
Begitupun, pengarah drama bersiri Nur itu menyedari bahawa kandungan-kandungan yang dikongsikan kadang-kala bercanggah antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi apabila ada segelintir yang mengkritik tindakannya itu.
“Sebenarnya dah beberapa orang menegur saya kenapa content media sosial saya tak selari dengan imej yang ditunjukkan di luar. Maksudnya kadang-kadang saya upload klip-klip berbaur tazkirah dan nasihat tapi kadang-kadang saya upload jugak status yang berbaur ‘maksiat’ seperti content content dalam drama saya, atau pun kehidupan personal yang tak selari dengan nasihat-nasihat tazkirah dakwah yang saya letak especially di IG.
“Saya sebenarnya tak melenting dengan teguran dan kecaman itu. Dah tua kot. Cuma saya banyak berfikir sebenarnya. Kenapa ya mereka berfikiran begitu? Dan baru saya sedar yang suka atau tidak, saya dah pun menjadi public figure. Apa yang saya cakap akan menjadi contoh atau teladan pada semua.
“Mereka yang cuma mahu kan yang elok-elok saja dari ‘idola’ mereka. Tapi bila ada yang mula merasakan imej saya tak selari dengan apa yg abam kongsikan mereka mula rasa kecewa,” katanya menerusi perkongsian terbaharu di Instagram.
Dalam pada itu, Shahrulezad berkata dia bukanlah orang yang terlalu baik atau alim. Tambah Shahrulezad, dunia di media sosialnya adalah sangat berbeza dengan dunia luar.
“Masih lagi dalam proses pembaikan diri yang sangat perlahan. Jadi kalau ada yang keliru dengan posting ‘dakwah’ saya tu dengan diri saya sebenarnya, secara jujur saya minta maaf kalau ada yang rasa sedikit frust, sekiranya saya tak seperti apa yang disangkakan.
“Tidak mengapalah, saya tak salahkan derang pun kalau derang jadi judgemental sebab abam faham kebanyakkan orang kita memang judgemental. Suka menilai sesuatu dari luaran. Jadi mereka rasa terganggu dengan kekeliruan ini.
“So maybe in future (kalau saya rajinlah) saya akan buat satu lagi akaun khas untuk kawan-kawan rapat atau mereka yang ‘sekepala’ atau sama wavelength dengan saya yang akan saya private kan. Di situ saya akan lebih terbuka dan selesa just being myself.
“Akaun yang sedia ada ni, yang penuh tazkirah apa segala dakwah ceramah ni saya akan biarkan seperti biasa untuk dikongsi bersama. My other private part of life biar saya share dengan kawan-kawan yang kenal Budakijat secara luar dan dalam yang full with flaws. Yang alim-alim dilarang masuk. Takut terkejut nanti,” tutupnya.
Must-Watch Video