Bekas gitaris utama kumpulan 6ixth Sense, Mohd Faiz Azizi Arlis atau lebih dikenali sebagai Gjie selamat mendapat anak kedua yang juga merupakan putera sulung mereka pada 19 Julai lalu.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Gjie memberitahu bahawa anaknya itu dilahirkan seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.

"Alhamdulillah. Putera sulung kami selamat dilahirkan pada 19.7.2020, awal seminggu sebelum due so tak dapat date cantik.

"Luth Hadid Bin Mohd Faiz Azizi, semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik satu hari nanti," tulis Gjie pada satu entri bergambar di Instagram miliknya itu.

Alhamdulillah. Putera sulung kami selamat dilahirkan pada 19.7.2020, awal seminggu sebelum due so x dpt date cantik?. Luth Hadid Bin Mohd Faiz Azizi, semoga membesar dgn sihat dan jadi anak yg baik satu hari nanti. Thanks to wife @xbellaaluna bertarung nyawa & syukur dipermudahkan masa nak bersalin ❤️. Thanks juga family & semua yg mendoakan. #LuthHadid #7days #AdikAisya #family #babyLH

A post shared by GJIE (@gjie6ixthsense) on


Gjie turut bersyukur kerana isterinya dipermudahkan ketika bersalin, selain mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Pasangan Gjie dan Farah Nabila mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aisya Medina, 4 tahun.