Viral
Caprice Tak Peduli Teguran Datuk Vida, Selamba Beri Pesanan - "Kirim Salam Lavida Coin"
Penyanyi rap dan pempengaruh, Caprice meminta orang ramai supaya tidak mempedulikan perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang menyifatkan kontennya seolah-olah mendedahkan aib di media sosial.
Tak Ambil Pusing
Enggan mengambil pusing perkara, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, menulis ayat sindiran menyentuh mengenai isu Lavida Coin.
"Abaikan guys...
"Abaikan guys, kirim salam Lavida Coin sahaja dekat dia," katanya menerusi entri di Instastory.
Dalam pada itu, Caprice berkata setiap topik yang diketengahkan adalah atas permintaan daripada orang ramai dan mangsa sendiri.
"Siapa yang ikut saya dari dulu tahu 99 peratus berita kami sebab ramai minta bantu ataupun mangsa sendiri minta tolong,” ujarnya.
BERITA TRENDING: “Mungkin Boleh Bagi Kesedaran Dalam Bentuk Lain”- Anggap Content Caprice Mengaibkan, Datuk Seri Vida Beri Teguran
BERITA TRENDING:Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”
BERITA TRENDING: Datuk Seri Vida Menangis Tengok Video ‘Abang Bas' Peluk Ibu - “Saya Pun Tak Tahu Apa Maksud ‘Crush’..”
BERITA TRENDING: “Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B
Untuk info, sebelum ini Vida atau Hasmiza Othman, 53, terpalit dengan kes Lavida Coin sehingga terdapat 41 mangsa pelaburan tersebut menuntut ganti rugi sehingga RM59 juta.
Bagaimanapun, sehingga kini kes tersebut masih belum menemui titik noktah kerana tiada perkembangan terbaharu dilaporkan.
Must-Watch Video