Pelakon Datuk Afdlin Shauki meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai rakaman video ketika kemalangan jalan raya adiknya, Jefri Adzman kelmarin tampil memberi bantuan.

Afdlin berkata dia memerlukan sekurang-kurangnya rakaman video ketika kejadian sebagai bukti.

“Mintak tolong sesiapa yang ada nampak pelanggaran adik saya atau ada rakaman,” tulisnya.

Pelawak tersebut meminta bantuan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik video yang menujukkan di aman lokasi kejadian.

Terdahulu adiknya yang menunggang motosikal jenis vespa dilanggar kereta Myvi dari arah tepi dalam satu kemalangan di Kota Damansara.

Akibat impak kuat pelanggaran, mangsa cedera parah di kepala dan dikejarkan ke sebuah hospital di Kota Damansara.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on