Cef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan meluahkan rasa kecewa tentang dakwaan oleh seorang individu yang mengatakan dia tidak membayar dan mengurangkan gaji pekerjanya.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram miliknya, Cef Wan, 61 menjelaskan bahawa segala dakwaan tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata.

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Saya tidak handle operasi untuk restoran ini kerana ia dikendalikan oleh rakan niaga saya, Andre dan team pengurusan kami.

“Bukan saya yang buat keputusan mengenai gaji kakitangan atau memecat kakitangan.

“Jadi, apabila menerima berita viral itu, ia mengejutkan saya kerana saya difitnah kononnya menipu mereka.

“Tanggungjawab saya untuk restoran saya adalah untuk mengendalikan resipi saya dan kualiti makanan saya sahaja,” tulis nya pada caption hantaran tersebut.

Artikel berkaitan: Miss K: Chef Popular Didakwa Tak Bayar OT & Turunkan Gaji Semua Pekerja?

Mengulas lebih lanjut lagi tentang konflik ini, Cef Wan turut mengatakan bahawa restorannnya tersebut mementingkan kualiti dan perkhidmatan, jadi mungkin terdapat individu yang tidak berpuas hati apabila ditegur.

“Kata partner saya, pekerja akan diberhentikan kerja atau dipotong gaji disebabkan prestasi mereka atau kekurangan kemahiran yang tidak memenuhi standard kami.

“Jadi, mungkin ada di kalangan kakitangan ini tidak berpuas hati dan meletakkan jawatan, sehingga ada pergaduhan yang menjejaskan kualiti makanan dan perkhidmatan kami.

“Tapi, saya cuba memahami kedua-dua belah pihak kerana kerana tidak mahu nama saya tercalar disebabkan ini,” tambah nya.

Dalam pada itu, Cef Wan turut berkongsi tentang penglibatannya selama ini dalam usaha membantu pertubuhan kebajikan sebagai bukti untuk membidas dakwaan tersebut.

“Tahun lepas saya telah memberikan banyak personal income saya kepada pelbagai pertubuhan kebajikan termasuk kepada semua kakitangan saya di kesemua 9 branch restoran.

“Itu duit saya sendiri, tiada kaitan dengan syarikat.

“Jangan la fitnah saya yg bukan-bukan,” tegasnya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan kes ini masih lagi dalam siasatan syarikat.