Laman Utama

“Cepatlah Pulih Macam Dulu” - Datuk Seri Vida Sayu, Rindu Nak Solat Berjemaah!

gempak
Hanafis Haris
03/08/2021
08:17 MYT
Sponsor Banner
“Cepatlah Pulih Macam Dulu” - Datuk Seri Vida Sayu, Rindu Nak Solat Berjemaah!

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida meluahkan rasa rindunya untuk kembali menunaikan solat secara berjemaah seperti dahulu.

Luahan tersebut dibuat menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Menurut Vida, sebelum pandemik, anak-anak daripada sekolah tahfiz juga akan datang ke surau di rumahnya hampir hari ketika Ramadan.

“Solat hajat & baca yasin. Bulan Ramadan lepas setiap malam akan datang solat tarawih.

“Rindu nak beribadat ramai ramai macam dulu kan,” katanya.

Jelasnya, disebabkan pandemik juga, dia kini lebih kerap solat di bilik berbanding surau.

“Sekarang saya, Cik B dan Kacak je. Kadang tu solat dekat bilik jarang guna surau.

“Cepatlah pulih macam dulu balik,” katanya.

Sekadar info, kapasiti solat berjemah seperti solat fardu dan solat Jumaat ditentukan mengikut negeri dan fasa.

Contohnya di Kedah, orang ramai dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan fardu berjemaah di masjid dan surau dengan kehadiran tidak lebih 100 orang.

Bagi solat fardu di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan 100 orang, Masjid Pusat Zon 50 orang, Masjid Kariah dan surau Jumaat 50 orang, surau kebenaran khas solat Jumaat 40 orang.

Anda boleh lihat Prosedur Operasi Standard (SOP) penuh solat berjemaah di bawah.


Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live