Laman Utama

Cerita Bersalin Neelofa, Sakinah Difitnah Tukar Agama & Iqbal Zulkefli Terhangat Hari Ini!

gempak
Fiza Kamarudin
07/02/2022
14:40 MYT
Sponsor Banner
Cerita Bersalin Neelofa, Sakinah Difitnah Tukar Agama & Iqbal Zulkefli Terhangat Hari Ini!
Nampaknya sepanjang hari ini, story mengenai usahawan dan penyanyi Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi perbualan hangat netizen hari ini.
Sejak malam tadi, nama Iqbal sudah menjadi sebutan netizen apabila muncul sebagai peserta ke-12 di konsert pengenalan Big Stage!
Okay selain Iqbal…Apa lagi story yang hot hari ni? Klik pada tajuk untuk berita penuh ya!
#1. BACA: “5 Markah Apa Yang Buruk Sangat?” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Dari Big Stage?
Penyanyi dan usahawan viral, Iqbal Zulkefli menyatakan hasratnya untuk menarik diri dari terus bertanding di pentas Big Stage 2022 selepas pertama kali muncul mengejut pada konsert pengenalan pada Ahad.
Menerusi temu bual di Big Stage Live Plus, Iqbal merasakan dirinya tidak layak untuk terus berada di pentas besar Big Stage 2022 apatah lagi mendapat markah serendah 5 peratus dari Ajai.
#2. BACA: “Nampak Sangat DSV Masih Cinta Mamat Ni, Buang Masa Advice– Michael Ang
Michael tidak mengulas mengenai persembahan Iqbal yang menyanyikan lagu ‘Biar Bulan Bicara’ sebaliknya lebih tertarik dengan reaksi Presiden Netizen yang juga bekas majikan Iqbal, Datuk Seri Vida.
Ye lah sampai berdiri dan bergenang air mata masa Iqbal buat persembahan kan?
#3. BACA: “Terima Kasih Kerana Mengharu-Birukan Keadaan”- Dituduh Masuk Kristian, Sakinah Terpaksa Tunjuk Bukti Suami…
Pelakon Sharifah Sakinah dituduh telah menukar agamanya kepada Kristian gara-gara tidak menunjukkan bukti perkahwinannya dengan jejaka berasa dari Sweden, Michael Hansen.
Macam-macam hal lah netizen ni! Lemah!
#4. BACA: “Selain Warga Emas, Penerima Vaksin Sinovac Wajib Ambil Dos Penggalak Atau Sijil Digital Bertukar ‘Putih’ Mac Ini!” – KJ
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin merayu warga emas berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin supaya mendapatkan dos penggalak dalam masa terdekat.
Selain itu penerima vaksin Sinavoc berusia 18 tahun ke atas juga perlu mendapatkan dos penggalak secepat mungkin bagi mengekalkan status lengkap vaksin mereka.
#5. BACA: “Macam Lebih Kurang Period Pain Je” - 14 Jam Layan Kontraksi, Neelofa Kongsi Pengalaman Bersalin Bilal
Selepas lebih seminggu melahirkan putera sulungnya, Muhammad Bilal, selebriti popular Neelofa mengimbau kembali pengalaman bersalinnya buat pertama kali.
Berkongsi detik mendebarkan serta manis itu, Neelofa memberitahu dia bagai tidak percaya sudah mula rasa kontraksi malah sempat menyamakannya dengan sakit datang bulan yang dialami sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live