Idol dan pelakon, Cha Eun Woo bakal singgah ke Kuala Lumpur bagi menjayakan fan concert 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator) yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, pada 24 Februari depan.

Dibawakan oleh Viu dan merupakan sebahagian daripada siri Viu Scream Date, Just One 10 Minute merupakan konsep unik Eun Woo yang bermaksud: 'Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang Cha Eun Woo untuk membuat anda jatuh cinta dalam masa 10 minit’.

BERITA TRENDING: Tak Sangka Walaupun Kacak, Rupanya Cha Eun Woo Jarang Gunakan Cermin

Konsep ini mula diperkenalkan dalam perjumpaan bersama peminat sebelum ini dan mendapat maklum balas yang sangat baik berikutan persembahannya yang mantap dan berkualiti tinggi.



Harga tiket fan concert Cha Eun Woo bermula pada RM358 untuk CAT1, RM558 (VIP) dan RM858 (VVIP). Setiap pemegang tiket bakal menerima photocard yang turut menampilkan tanda tangan Eunwoo.

Pemegang tiket VVIP layak mendapat pas eksklusif untuk sesi 'Hi-Bye' dan raptai, dengan hanya 30 individu bertuah akan menerima photocard tulisan tangan oleh Eun Woo sendiri.

Selain itu, 100 pemegang tiket VVIP dan 25 pemegang VIP & CAT1 berpeluang menerima poster yang telah ditandatangani Eun Woo. Peminat dari semua kategori tiket juga berpeluang untuk memenangi sejumlah 10 barangan eksklusif yang ditandatangani.

BERITA TRENDING: “Lalui Detik Sukar… Terfikir Nak Berehat Tapi Saya Pilih Untuk Tak Putus Asa” – Cha Eun Woo

Tiket-tiket boleh didapati di Ticket2u.com dan untuk pra-jualan kelab rasmi peminat Cha Eun Woo (ASTRO) bermula pada 10 Januari 2024, pukul 12 tengahari hingga 11 Januari 11.59 pagi.



Pelanggan Viu Premium pula boleh mendapatkan tiket pada 11 Januari 2024, pukul 12 tengahari hingga 12 Januari 11.59 pagi. Jualan umum akan bermula pada 12 Januari 2024, pukul 12 tengahari.

Strim siri-siri lakonan Eunwoo seperti My ID is Gangnam Beauty, True Beauty dan terbaharu A Good Day To Be A Dog menerusi aplikasi Viu di Astro Ultra Box dan Ulti Box.