Menerusi video tersebut, dalam suasana penuh ceria, Rozita atau Che Ta dan Ziela sempat berseloroh dengan Bella dan Syed dengan mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” sambil menyanyikan lagu khas buat mereka.
Ternyata aksi bersahaja dua pelakon senior itu mengundang gelak tawa, sekali gus mencetuskan spekulasi nakal di kalangan peminat.
Ziela Jalil turut mengambil kesempatan mendoakan perkara baik buat Bella dan Syed.
Terdahulu, kemunculan Bella dan Syed yang segak mengenakan baju sedondon di dalam Dewan Rakyat, Parlimen mencuri perhatian ramai.
Rata-rata netizen mengusik Bella dan Syed agar ‘naik pelamin’.