Cili Padi, Tyson & Bunga Matahari, Semua Generasi Punya Kenangan Dengan Allahyarham Jaafar Onn
Maliah Surip
03/04/2024 05:55 MYT
03/04/2024 05:55 MYT
Jaafar Onn, satu nama yang cukup ikonik dan sangat popular dalam dunia seni tempatan.
Beliaulah penyanyi. Beliaulah penari dan mempunyai kumpulan tarian sendiri.
Beliaulah hos dan chef masakan yang terlebih dahulu menjadi rebutan penerbit di kaca televisyen.
Beliau jugalah seorang aktor serba boleh yang pernah mengisi hari-hari penonton pada zaman kegemilangannya ; Cikgu Jaafar dalam drama yang membuat namanya terkenal iaitu Cili Padi dan sebagai Bujang dalam sitkom Sambal, Profesor Amin dalam filem XX Ray, Bendahara dalam filem Putera dan terakhir sebagai Tyson dalam naskhah ikonik 18 Puasa Di Kampong Pisang —- semua tanggungjawab yang diberi kepada seorang Jaafar Onn dilunaskan dengan cukup sempurna.
Beliau jugalah yang membuat corak atau fesyen bunga Matahari terkenal menerusi banyak penampilannya di khalayak termasuk hiasan dalaman di kediamannya di ibu kota satu masa dulu juga dipenuhi dengan tema bunga Matahari.
Dengan fizikal besar tinggi, sesiapa yang mengenali sosok baik hati, suka bergurau, baik menyantuni siapapun (meski anda hanya baru bekerja sebagai wartawan selama dua hari) dan mudah terhibur juga akrab memanggil beliau dengan panggilan Papa Jaafar.
Namun kini semua itu hanya kenangan. Layaknya seperti yang dijanjikan Allah SWT kepada setiap manusia, pemilik nama sebenar Jaafar Onn Awang ini diambil pulang pada usia 72 tahun.
Kepulangan Jaafar ke negeri abadi dicemburui. Perginya pada bulan Ramadan, hanya satu minggu sebelum Aidilfitri menjelma.
Mengenang kembali apa yang pernah ditinggalkan Jaafar Onn dalam industri seni tempatan, meski sering menjadi bahan candaan kerana personalitinya yang penuh humor, kita perlu bersetuju dengan satu predikat ini.
Jaafar Onn adalah penghibur sejati. Bakatnya yang pelbagai dikagumi. Sikapnya yang membumi disayangi.
Bagi keluarga dan teman rapat serta kenalan yang pernah muncul dalam babak kehidupan seorang Jaafar Onn pasti akan merinduinya.
Hanya ada seorang Jaafar Onn dalam industri seni yang sepatutnya dihargai lebih daripada sekadar kenangan tetapi juga perlu menerima apresiasi.
Terima kasih Jaafar Onn kerana telah memberi hiburan dan mewarnai kehidupan semua generasi.
Al Fatihah dan semoga roh Jaafar Onn Bin Awang bersemadi dalam kalangan orang beriman.BERITA TRENDING: Jaafar Onn Imbas Kenangan Terakhir Bersama Rohana Jalil - "Ketika Itu Dia Nak Berjalan Pun Susah, Nyanyi Pun Sambil Duduk"
Beliaulah penyanyi. Beliaulah penari dan mempunyai kumpulan tarian sendiri.
Beliaulah hos dan chef masakan yang terlebih dahulu menjadi rebutan penerbit di kaca televisyen.
Beliau jugalah seorang aktor serba boleh yang pernah mengisi hari-hari penonton pada zaman kegemilangannya ; Cikgu Jaafar dalam drama yang membuat namanya terkenal iaitu Cili Padi dan sebagai Bujang dalam sitkom Sambal, Profesor Amin dalam filem XX Ray, Bendahara dalam filem Putera dan terakhir sebagai Tyson dalam naskhah ikonik 18 Puasa Di Kampong Pisang —- semua tanggungjawab yang diberi kepada seorang Jaafar Onn dilunaskan dengan cukup sempurna.
Beliau jugalah yang membuat corak atau fesyen bunga Matahari terkenal menerusi banyak penampilannya di khalayak termasuk hiasan dalaman di kediamannya di ibu kota satu masa dulu juga dipenuhi dengan tema bunga Matahari.
Dengan fizikal besar tinggi, sesiapa yang mengenali sosok baik hati, suka bergurau, baik menyantuni siapapun (meski anda hanya baru bekerja sebagai wartawan selama dua hari) dan mudah terhibur juga akrab memanggil beliau dengan panggilan Papa Jaafar.
Namun kini semua itu hanya kenangan. Layaknya seperti yang dijanjikan Allah SWT kepada setiap manusia, pemilik nama sebenar Jaafar Onn Awang ini diambil pulang pada usia 72 tahun.
Kepulangan Jaafar ke negeri abadi dicemburui. Perginya pada bulan Ramadan, hanya satu minggu sebelum Aidilfitri menjelma.
BERITA TRENDING: Jaafar Onn Meninggal Dunia
PILIHAN PEMBACA: Najis Berdarah, Jaafar Onn Dikejarkan Ke Zon Kritikal
Allahyarham dijemput pulang selepas dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) kerana berak berdarah ketika membuang air besar.BERITA TRENDING: Video Jaafar Onn Berkerusi Roda Tular, Netizen Titip Doa - "Semoga Papa Diberi Kesembuhan Syifa"
Sebelumnya kesihatan Jaafar yang semakin sehingga terpaksa duduk di kerusi roda sempat dilaporkan media. Meski keadaan kesihatannya tidak begitu baik, Jaafar tetap menyantuni khalayak dengan ramah dan baik hati.Mengenang kembali apa yang pernah ditinggalkan Jaafar Onn dalam industri seni tempatan, meski sering menjadi bahan candaan kerana personalitinya yang penuh humor, kita perlu bersetuju dengan satu predikat ini.
Jaafar Onn adalah penghibur sejati. Bakatnya yang pelbagai dikagumi. Sikapnya yang membumi disayangi.
Bagi keluarga dan teman rapat serta kenalan yang pernah muncul dalam babak kehidupan seorang Jaafar Onn pasti akan merinduinya.
Hanya ada seorang Jaafar Onn dalam industri seni yang sepatutnya dihargai lebih daripada sekadar kenangan tetapi juga perlu menerima apresiasi.
Terima kasih Jaafar Onn kerana telah memberi hiburan dan mewarnai kehidupan semua generasi.
Al Fatihah dan semoga roh Jaafar Onn Bin Awang bersemadi dalam kalangan orang beriman.
BERITA TRENDING: Jaafar Onn Imbas Kenangan Terakhir Bersama Rohana Jalil - "Ketika Itu Dia Nak Berjalan Pun Susah, Nyanyi Pun Sambil Duduk"
PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Jaafar Onn Join Trend ‘Swipe Challenge’, Sharifah Shahirah Sepakat Dengan Netizen; “Ini Win, Dia Juara Sebenar”
BERITA TRENDING: Orang Suruh Bertaubat, Jaafar Onn; "Selembut-Lembut Saya, Tak Pernah Pun Susahkan Orang Minta Sedekah ..."
#pelakon
#Penyanyi
#Viral
#Meninggal Dunia
#Belasungkawa
#Pengacara
#Papa J
#Matahari
#Jaafar Onn
#Penari
#Hospital Serdang
#Cili Padi
#Tyson