Merupakan salah seorang vokalis paling popular di Indonesia, Ariel NOAH mengaku tidak pernah bercita-cita sebagai penyanyi.

Ironi Ariel dan kumpulannya NOAH tidak pernah putus menerima tawaran melakukan persembahan dan vokalis tersebut disifatkan sebagai salah seorang penyanyi terbaik tanah air.

BERITA TRENDING: Ariel Penat Menyanyi, Umum NOAH Bakal Berehat Panjang

“Saya tidak pernah terbayang akan menjadi penyanyi terkenal kerana menyanyi di hadapan orang bukan perkara yang menyenangkan,” akui Ariel sewaktu menjadi tetamu saluran YouTube Sopgie Navita seperti dilaporkan Kompas.

Namun kata Ariel bakat nyanyiannya diasah sejak usia tujuh tahun oleh ibu dan bapa selepas menyedari dirinya mempunyai vokal yang baik.

“Yang saya ingat waktu itu saya menetap di Aceh saat berusia 6 atau 7 tahun. Jadi setiap kali dengar lagu di radio saya akan ikut menyanyi sekali.

“Kadang saya menyanyi beramai-ramai jadi dari situ kebolehan saya dikesan.

BERITA TRENDING: Dihenyak Dengan Soalan Adakah Mahu Kembali Dengan Ariel, Luna Maya Menjawab: “Tanya Ariel…”

“Jadi saya sebenarnya kalau menyanyi seorang diri okay tapi bukan di hadapan orang kerana ia tidak menyenangkan,” katanya lagi.

Ariel kemudian mendedahkan cita-cita asal sewaktu kecilnya mahu menjadi angkasawan bukan penyanyi.

“Waktu kecil saya mahu jadi angkasawan kerana sangat berminat dengan buku dan mempelajari tentang bintang. Itu mengujakan,” katanya.