Laman Utama

Cita Citata Syukur Penyakit Autoimun Semakin Baik, Ini Amalan Yang Dilakukan

gempak
Mya Amri
30/06/2021
13:15 MYT
Sponsor Banner
Cita Citata Syukur Penyakit Autoimun Semakin Baik, Ini Amalan Yang Dilakukan
Penyanyi Indonesia, Cita Citata mengungkapkan rasa syukur apabila penyakit yang dideritainya semakin baik selepas lapan bulan.
Cita berkongsi perasaan gembiranya itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
Tidak lokek ilmu, Cita juga turut berkongsi perkara-perkara yang diamalkannya sebagai inisiatif untuk kesembuhan penyakitnya.
“Alhamdulillah penyakit autoimun saya sekarang sudah semakin baik. Merah dan gatal sudah mulai berkurang significant 90% setelah 8 bulan.
“Ini bagaimana saya boleh survives dari penyakit yang saya derita selama bertahun tahun. Perubatan alternatif (akupuntur), tiada lagi vitamin berbahan kimia (diganti dengan herbal).
“Mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum jus dan sayuran, saya sarapan dengan jus dan boleh dicampur dengan sayuran.
“Jangan lupa berserah diri dengan yang memberikan kita nikmat hidup dan sihat, iaitu Sang Pencipta Yang Maha Kuasa,” kongsinya.
Sebelum ini, Cita pernah memaklumkan dia mendapat penyakit autoimun kerana suka mengambil suntikan vitamin C dan pil kecantikan terutama untuk memutihkan kulit sejak beberapa tahun lalu.
BACA: Cita Citata Menderita Autoimune Kerana Suntik Vitamin C
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024