Berita

"Cium Mulut Atau Bibir Bukan Budaya Kita & Ajaran Islam" - Yana Samsudin Terkejut Bila Anaknya Mula.....

gempak
Rozaimi Zubaidi
09/07/2019
08:45 MYT
Sponsor Banner
"Cium Mulut Atau Bibir Bukan Budaya Kita & Ajaran Islam" - Yana Samsudin Terkejut Bila Anaknya Mula.....
Pelakon Yana Samsudin mengakui terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh putera sulungnya, Aisy Mateen sejak kebelakangan ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Yana berkongsi kisah anaknya dan berharap agar ibu bapa diluar sana dapat memberi pendidikan secukupnya kepada anak-anak mereka tentang kebersihan.
"Baru semalam tegur @aisymateen dan saya share pengalaman saya di FanPage Facebook saya. Hari ni dia buat lagi masa live di Insta. #NasibBaikMasihKecikLagi?
"Sebenarnya saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti.
"Mulut juga adalah bahagian private part. Private part tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing).
"Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.
"Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecik-kecik kita dah biasakan. Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran Islam. #Tipsbolehgunapakai #ParentingTips #Sexu4lEducation #TegurSekarangJanganMenangisKemudian," tulisnya.
Baru semalam tegur @aisymateen Dan saya share pengalaman saya di FanPage Facebook saya. Hari ni dia buat lagi masa live di Insta... #NasibBaikMasihKecikLagi ? . . Sebenarnya saya memang menitik beratkan pasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanSeksualiti . . . Mulut juga adalah bahagian private part. Private part tidak boleh di sentuh, di cium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci berak kencing) Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan... . . Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecik kecik kita dah biasakan. Cium mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran islam. ✌? -HaruslahLove !! #Tipsbolehgunapakai #ParentingTips #Sexu4lEducation #TegurSekarangJanganMenangisKemudian . . Video panjang macam mana saya ajar anak saya boleh tengok kat youtube saya ... klik link di bio ☝?
A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yana dan berharap agar ibu bapa dapat memberikan pendidikan awal buat anak-anak mereka.
"@murnisafinaz: Thanks Yana for this! Ramai yang takut nak cakap perkara macam ni. Tapi pendidikan macam ni penting untuk anak-anak dari kecil."
"@nursyamimi47: Totally agree. Tak faham kenapa ada ramai yang suka buat macam tu dalam kalangan family masing-masing, walaupun dah besar still nak kiss dekat mulut macam omputih tu."
"@aiyujaya: Setuju dengan Yana. Tapi kalau tengok ramai juga artis-artis yang ajar anak-anak diaorang kiss kat mulut. Bukan artis pun ramai juga. Bila tegur tak terima."
Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari pada 13 April 2015 dan mereka menerima kehadiran Mateen pada 21 Julai 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024