Selepas hampir empat bulan menyambut kelahiran Tuah Alam, pelakon Remy Ishak buat julung kali mendedahkan wajah buah hatinya itu menerusi episod pertama siri Oh Baby Remy: Tuah Oh Tuah sebentar tadi.

Selain itu, menerusi siri realiti ini, peminat juga dapat menyaksikan gelagat Remy dan isterinya, Ezza Yusof sama-sama menguruskan anak sulung mereka, serta berkongsi kisah dan momen menarik selepas masing-masing menyandang gelaran ibu dan bapa.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Untuk rekod, Tuah selamat dilahirkan pada 27 Julai lalu di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, selepas Remy mengesahkan yang isterinya hamil empat bulan sebelum itu.

Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun berkenalan.

Siri realiti Oh Baby Remy! : Tuah Oh Tuah menemui penonton bermula hari ini, 14 November, pukul 8.30 malam di Astro Ria dan Astro GO.