Disebabkan pandemik COVID-19 masih berleluasa, kebanyakan peniaga pastinya mencari kaedah terbaik untuk meneruskan peniagaan mereka.

Menariknya di Itali, beberapa peniaga telah mengembalikan semula tradisi lama mereka iaitu menjual makanan menerusi tingkap.

Difahamkam, peniagaan tingkap ini terlebih dahulu mula dijalankan ketika wabak Italian Plague sekitar 1629 hingga 1631.

Peniaga di kota Florence akan membentuk lubang kecil di dinding premis untuk dijadikan tingkap, supaya mereka dapat memberi minuman dipesan pelanggan tanpa kontak.

Menariknya lagi, duit syiling daripada pelanggan juga didisinfeksikan dengan cuka sebelum peniaga mengambilnya.

Namun, tradisi tersebut semakin dilupakan selepas wabak tersebut pulih.

Kini jualan tingkap diperkenalkan semua sebagai keadah mengekang wabak COVID-19.

Kebanyakan peniaga dilihat telah mula membuka tingkap mereka untuk menyajikan minuman, kopi serta gelato kepada pelanggang secara pandu lalu.

Rata-rata penduduk Itali gembira dengan kaedah tersebut yang disifatkan lebih selamat.

Sumber: CNN