Konsert pertama #AF2016 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Amir dan Ara antara pelajar paling menyerlah.
Selain Amir dan Ara, 12 pelajar lain juga sudah mula menunjukkan taring dan seakan-akan ‘amaran’ antara satu sama lain.
Bagaimanapun ada juga beberapa pelajar telah ditegur juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal supaya memperbaiki teknik nyanyian dan memberi fokus terhadap ajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar.
Dalam pada itu, terdapat beberapa perkara menarik berlaku sepanjang konsert AF2016 berlangsung yang tidak diketahui oleh para penonton di rumah.
Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa momen menarik untuk penonton yang tidak berpeluang menonton di Auditorum MBSA.
1.Sambutan luar jangkaan, Auditorium riuh umpama melihat perlawanan badminton sukan Olimpik Rio 2016 antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan
2.Upacara pembukaan konsert pertama AF2016 paling terbaik berbanding yang sebelumnya. Orang Korea kata ‘Daebak!’
3. Semasa iklan sedang berlangsung (di kaca televisyen), pengacara AF2016 Zizan Razak mengusik Datuk Alif Shukri tentang satu video yang dimuatnaik oleh pengasas D’Herbs itu di akaun Instagramnya.
Zizan kemudiannya mengajuk gaya Datuk Alif terkejut apabila kucing besar kesayangannya itu melompat dan hampir mencakarnya dalam video tersebut membuatkan penonton di auditorium ketawa.
4. Untuk pengetahuan, penyanyi Datuk Sheikh telah diterbangkan khas dari Perancis semata-mata untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai pengetua.
5. Sebaik saja nama penyanyi Alif Satar diumumkan sebagai pengacara bersama Zizan, penonton wanita mula tersenyum dan bersorak. Tidak kurang juga ada yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut dan terus mengambil telefon bimbit sambil menaip sesuatu. Hmmm nak ‘update’ di Twitter mungkin?
6. Setiap kali pelajar AF2016 membuat persembahan, Alif yang berada di bahagian tepi pentas seringkali mengelap peluh di dahi. Gementar ke Alif?
7. Selepas selesai persembahan Isa, Datuk Ac kemudiannya berjalan menuju ke arah Zizan dan Alif. Mereka kemudiannya berbincang mengenai sesuatu dan wajah Datuk Ac nampak sedikit serius. Mungkin Datuk Ac memberikan beberapa tips kepada Alif.
8. Ketika persembahan Amir, bapanya yang berada di belakang pentas kemudiannya mengintai disebalik tirai untuk melihat anaknya.
9. Senyuman juga tidak lekang daripada bibir bapanya sepanjang persembahan Amir berlangsung.
10. Sewaktu persembahan Reshma, penonton ketawa dan seronok melihat aksi ‘cheeky’ Reshma yang cuba bergelek mengikut rentak lagu dangdut, Goyang Inul. Mengejutkan, satu auditorium bersorak sepanjang persembahan Reshma!
Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.
Untuk mengikuti perkembangan pelajar, layari Akademi Fantasia.
Ahmad Shah
Tue Aug 23 2016
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias