Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 14,516 kes dalam tempoh 24 jam lalu, penurunan hampir 3,000 kes berbanding angka tertinggi 17,045 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam ciapannya di laman Twitter memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,027,954.

Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 6,508 kes diikuti Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425), Kedah (1,160) dan Sabah (720).

Semalam, angka jangkitan COVID-19 mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam, rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.

Tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara mencecah sehingga 1,013,438.