Sebanyak 20,988 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Khamis, meningkat berbanding 18,762 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitternya berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 1,786,004.

Daripada jumlah kes baharu, Selangor merekodkan penyumbang tertinggi kes iaitu 4,073 meningkat berbanding 3,711 kes semalam.

Manakala empat negeri mencatatkan angka kes lebih 2,000 iaitu Sarawak (2,992); Kedah (2,455); Sabah (2,329) dan Johor 2,145 kes baharu.

Ia diikuti Pulau Pinang dengan 1,600 kes; Kelantan (1,247); Perak (990); Terengganu (987); Kuala Lumpur (731); Pahang (599) dan Melaka 407 kes.

Sementara Perlis dan Putrajaya merekodkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 90 kes dan 37 kes manakala Labuan, hanya lima kes baharu dicatatkan pada Selasa.